Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Bosan Duduk Rumah? SYOK Ajak Anda Sertai Cabaran #TerimaKasihHero!

Kamaruddin Razal 23/04/2020 | 21:39 MYT
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilanjutkan semestinya membuatkan anda kering idea mengenai aktiviti yang harus dilakukan di rumah.
Ada juga mahu mencari idea baru atau sebarang alternatif lain melakukan aktiviti bersama keluarga tercinta.
Apa kata, anda sertai cabaran #TerimaKasihHero di aplikasi TikTok!

Korang buat apa je sepanjang PKP ni? Kalau korang rasa bosan, jom lah join kitorang buat TikTok untuk menghargai barisan depan negara kita. Upload TikTok korang beserta hashtag #TerimaKasihHero. Jangan lupa tag kitorang dekat TikTok tau

A post shared by SYOK (@syok) on

SYOK, aplikasi percuma yang menampilkan kandungan hiburan dan gaya hidup baharu dalam pelbagai bahasa mengajak anda untuk menunjukkan sokongan kepada barisan hadapan negara!
Sertai cabaran #TerimaKasihHero di TikTok dan lakukan ia secara kreatif bersama teman-teman dan keluarga.
Muat naik video kreatif anda ke laman sosial dan jangan lupa tag laman Instagram @syok berserta hashtag #TerimaKasihHero.
Ha, kepada anda yang ingin melakukan aktiviti bersama keluarga yang memerlukan gabungan idea kreatif serta pergerakan yang mampu mengeluarkan peluh, sertai cabaran #TerimaKasihHero!
#SYOK #Terima Kasih Hero
;