Hiburan

"Bosan Sangat Suami I Ni Sampai Hari-Hari Mission Dia Batalkan Wuduk Orang" - Eyra Hazali

gempak
Kamaruddin Razal
25/03/2020
01:29 MYT
Sponsor Banner
"Bosan Sangat Suami I Ni Sampai Hari-Hari Mission Dia Batalkan Wuduk Orang" - Eyra Hazali
Pelakon Eyra Hazali, 21, berkongsi momen manis bersama suami, penjaga gol Johor Darul Ta'zim, Muhammad Haziq Nadzli, 22, ketika mereka sedang menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menerusi entri terbaru yang dikongsi oleh Eyra di laman sosial Twitter, pemilik nama penuh Hazirah Qasdina Hazali ini bercerita mengenai wuduk atau air sembahyang.
"Bosan sangat suami I ni sampai hari-hari mission dia batalkan wuduk orang. Solat lima minit boleh jadi lima jam. Kecut dah jari-jari semua kalau hari-hari macam ni," kongsi bintang drama bersiri Puteri Yang Ditukar ini.
Entri terbabit menarik minat peminat yang terhibur dengan keletah pasangan ini.
"Solat jemaah dengan suami mesti dia tak nak batalkan wuduk dah. Sebab dia pun mesti akan terbatal juga. Hehe," balas seorang netizen.
"Solusinya kene ambil wuduk sama-sama guna tandas yang berbeza, jangan keluar tandas selagi your husband tak keluar," cadang seorang wargamaya pula.
"Untunglah kuarantin dengan suami. Akak ni kuarantin kucing je teman," usik seorang netizen pula.
"Haih, kita ni wuduk batal sebab kentut ja," luah seorang warganet pula.
Sehingga kini, entri terbabit mendapat lebih 6,600 ulang kicau dan lebih 20,500 tanda suka.
Februari lalu, Eyra berkongsi berita gembira dia kini sedang hamil anak pertama.
BACA: "Tak Tahu Nak Cakap Macam Mana Tapi Sangat Bersyukur" - Eyra Hazali Sahkan Hamil
Eyra dan Haziq berkahwin pada 1 November 2019 selepas dua tahun berkenalan.
Saksikan drama lakonan Eyra yang pernh ditayangkan di Astro pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live