Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) telah pun mula berkuatkuasa bermula jam 12.01 pagi tadi membabitkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagi sesetengah daripada anda, pastinya perlaksanaan ini sedikit sebanyak membuat rasa tidak selesa apatah lagi terpaksa terperap di rumah sambil membuat kerja.

Namun, demi kebaikan bersama, PKPB harus dijalankan bagi memutuskan rangkaian wabak COVID-19.

Bagi yang tertanya-tanya apakah filem yang sesuai ditonton ketika PKP ini, Gempak senaraikan lima filem yang anda boleh layan ketika masa terluang.

#1 Kelaster

Kelaster mengisahkan tentang tiga orang pelajar, Ain, Zul dan Usop yang terperangkap di kolej kediaman mereka selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Pelbagai kisah aneh berlaku sepanjang mereka berada di kolej kediaman termasuklah kehadiran Ain.

Selain Nora Danish, Achey dan Meerqeen, Kelaster juga menampilkan Azhan Rani dan Amyza Adnan.

Filem ini amat sesuai ditonton ketika ini memandangkan kita semua juga sedang menjalani PKPB.

#2 Jebat

Menampilkan gandingan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose, penonton pastinya akan terhibur dengan jalan cerita yang diarahkan oleh Jamal Khan itu.

Jebat mengisahkan seorang bekas ketua gangster (lakonan Sharnaaz) yang telah bertaubat dan cuba hidup sebagai orang biasa dengan bekerja sebagai penternak ikan dan berkahwin.

Bagaimanapun, seterunya dalam kumpulan gangster masih mengganggu hidup baharunya.

#3 Pee Nak 2

Komedi sudah, romantik pun sudah, jadi apa kata anda layan filem seram pula.

Pee Nak 2 mengisahkan tentang sami bernama Balloon dan First yang meninggalkan dunia sami secara rahsia untuk hidup normal.

Namun pemergian mereka tidak lama, mereka kembali ke kuil untuk mencari perlindungan dari hantu yang mula mengganggu mereka.

Mereka kemudiian bertemu Toh, seorang penyanyi Korea-Thai yang datang ke kuil itu untuk ditahbiskan.

Apa yang berlaku kepada sami dan penyanyi Korea-Thai ini anda kena tontonlah sendiri.

#4 Adithya Varma

Bagi peminat filem tamil, ini khas untuk anda.

Jangan pandang rendah, kerana filem ini menerima rating yang agak tinggi.

Malah, sebanyak 89 peratus undian di Google menyukai filem ini.

Filem ini mengisahkan percintaan antara Adithya dan seorang wanita bernama Meera.

Biarpun cuba mendapatkan restu ibu bapa, namun percintaan mereka dihalang kerana perbezaan kasta.

#5 Butak

Kalau tidak tonton filem, rugilah anda kerana karya ini merupakan garapan daripada sutradara hebat Sabri Yunos!

Filem Butak secara ringkasnya mengisarkan tentang seorang remaja lelaki bernama Butak yang nakal tetapi cerdik.

Sering menimbulkan kekecohan di kampungnya, Butak kemudian merajuk dan menyalahkan diri sendiri selepas berlakunya satu peristiwa yang meruntun hatinya.

Pada masa sama, kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji telah membawanya ke Pelabuhan Penang.

Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri, sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas kesilapan lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Jangan lupa untuk menonton fButak dan kesemua filem di atas terus di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.