Boss Marah Sebab Pergi Tandas Lebih 10 Minit, Wanita Nekad Resign Lepas 3 Hari Kerja
Mya Amri
30/07/2023 09:50 MYT
30/07/2023 09:50 MYT
Seorang wanita nekad untuk berhenti kerja walaupun baru tiga hari menjalankan tugasnya di sebuah syarikat baharu.
Menerusi perkongsiaannya di laman Reddit baru-baru ini, wanita tersebut menyatakan dia membuat keputusan itu kerana dimarahi bos selepas didakwa tidak menyiapkan kerja, menghabiskan masa lebih 10 minit di tandas dan tidak berterus terang mengenai status kesihatan mentalnya semasa temu duga.
"Saya mula bekerja di sebuah syarikat bermula Isnin namun pada hari Rabu, bos telah panggil dan ‘menyerang’ saya menyebabkan saya mengambil keputusan untuk berhenti.
“Bos kemudiannya memberitahu dia akan membuat keputusan pada esok hari sama ada saya boleh terus bekerja atau tidak.
"Saya memberitahunya, saya tidak perlu tunggu sehingga esok dan meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta," kongsinya.
LEGA LEPAS BERHENTI
Wanita itu juga turut berkongsi perasaannya selepas berhenti kerja dan tidak menyesal dengan tindakannya itu.
“Sudah tentu saya berasa lega selepas berjaya keluar daripada persekitaran kerja yang toksik. Malah salah seorang rakan sekerja saya memberitahu bahawa bos gemar menjerit dan memarahi orang.
“Dalam tempoh 3 hari saya bekerja, saya perasan dia menjerit kepada pelanggan kerana tidak mematuhinya,” kongsinya.
Perkongsian di laman itu juga mendapat komen positif daripada netizen yang rata-ratanya bersetuju dengan tindakan wanita itu.