Bot Karam, Anak Fauziah Nawi Hilang Ketika Memancing Di Kuala Lipis

Azwa Rahman
Oktober 26, 2019 09:37 MYT
Pengarah yang juga anak kepada pelakon tersohor, Fauziah Nawi, Pitt Haniff didapati hilang ketika memancing dan dikhuatiri lemas di Sungai Mela, Kuala Lipis, Pahang pada Sabtu.
Memetik laporan Astro Awani, usaha pencarian sedang giat dilakukan oleh pasukan keselamatan ketika ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Isteri Pitt, Farah Ahmad telah berkongsi sebuah video mengesahkan kejadian dan memohon seluruh kenalannya mendoakan kesejahteraan suaminya yang sehingga kini masih belum dapat dikesan.
Berita sedih yang melanda Pitt atau nama sebenarnya Mohd Firdaus Mohamad Hanif turut dikongsi oleh rakan-rakan selebriti di laman sosial.
"Mohd Firdaus Mohamad Hanif. I know you still there you strong. Please stay strong i on the way jerantut Pahang to be with you & save you my man.
"Our princesses are so strong so same goes to you my hero my soulmate my king my man my radio . Please stay strong for me please for Dhia for mhia for Thia. Please @pitthanif.
"Guys i need everyone positive vibes & doa. Only Allah knows the best for us. Aammin," tulis Farah di Instagram peribadinya.
Difahamkan kini seluruh ahli keluarga sudah bergegas ke Jerantut bersama-sama menyertai pasukan pencarian.
Sumber: Astro Awani
#Pengarah #Pahang #Hilang