Rapper dan usahawan, Caprice berkongsi fotonya yang disunting oleh netizen dengan menambahkan rambut di bahagian kepalanya.

Foto tersebut dikongsi Caprice di entri akaun Instagram miliknya buat tatapan warganet.

Seperti diketahui ramai, Caprice sudah lama terkenal dengan imej rambut nipis atau botak, jadi, imej dirinya yang ditambah rambut itu telah menarik perhatian ramai.



Caprice tidak menulis sebarang kapsyen di entri itu namun dia turut meletakkan foto asal dirinya yang belum disunting.

"Abang Caps, tengok apa yang saya dah buat dekat awak," tulis individu yang menyunting fotonya itu.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Caprice meninggalkan respon berbeza.

Ramai antara mereka berpendapat Caprice lebih kacak dengan rambut yang sedikit panjang, pada masa yang sama, ramai juga yang merasakan imej botak adalah yang paling sesuai untuknya.

"Saya undi gambar dengan rambut!

"Tapi botak pun lebih kacak.

"Ada rambut makin handsome Abang Cap.

"Gaya tu tak sesuai dengan awak" tulis netizen.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on


Sekadar info, pemilik nama sebenar Ariz Ramli ini mulai aktif di industri hiburan sekitar tahun 2007 dan masih mengekalkan namanya sehingga kini.