Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

#BoycottMalaysia Trending!" - Kenyataan Tun M Undang Perhatian

Asraf Aided
02/10/2019 07:52 MYT
Satu petikan kenyataan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) minggu lepas berhubung Jammu dan Kashmir mengundang banyak komen di laman Twitter pada Selasa, lapor AWANI.

Beberapa netizen, yang kelihatan seperti warga India, menyuarakan rasa kecewa mereka menerusi #BoycottMalaysia terhadap kenyataan yang antara lain menyebut Kashmir "ditawan dan dijajah".

Apabila catatan tweet mencapai angka sekitar 8,000 kumpulan naetizen lain, mungkin rakyat Malaysia, memutuskan untuk tidak lagi berdiam diri berhubung perkara itu dan membalasnya dengan #BoycottIndia.

Shafwan Shukor, dalam tweetnya berkata: "Wow #BoycottMalaysia trending! Hahaha. Impact ucapan Tun M dekat UN...mintak India dan Pakistan duduk semeje je, nego pasal Kashmir and Jammu".

Ia kemudiannya menyaksikan kebangkitan #BoycottIndia, yang mempertahankan Dr Mahathir.

Danian Mikhail pula dalam catatannya menyebut: "Malaysians stand united. #BoycottIndia.

Nunakash1 pula: "Terima kasih Malaysia yang bangkit menentang penindasan #SupportMalaysia #BoycottIndia."

Di tengah kekalutan hashtag boikot itu, beberapa netizen lain dilihat cuba menamatkan perbalahan itu, dengan menggesa kepada semua pihak supaya fokus kepada agenda lebih besar.

Sree Tharan, menerusi akaun Twitternya membuat catatan: "Daripada #BoycottMalaysia atau #BoycottIndia, boleh tak anda semua memboikot rasis? Boikot ketidakadilan? Boikot seks bawah umur? Boikot pemangsa seks? Boikot... pemburu haram? Boycott penggunaan plastik?

Tweet Reisa: "... anda semua seharusnya fokus kepada boikot mencuri dan merogol."

Sumber : Astro AWANI/BERNAMA
#Malaysia #India #Tun M
;