Aktres jelita Hollywood, Angelina Jolie kini dalam proses rundingan bersama bekas suaminya, Brad Pitt untuk mendapatkan status penceraian yang sah.

Selama ini, status penceraian mereka masih belum diputuskan oleh pihak berkuasa.

"Brad dan Angelina kini sedang dalam proses rundingan untuk mendapatkan status penceraian yang sah dari pihak berkuasa sebelum aset mereka dibahagikan.

"Mereka mahu membawa haluan masing-masing dan tidak sesekali akan kembali menjalinkan hubungan," jelas sumber.

Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.

Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.

Sumber : Hollywood Life