Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Brad Pitt Berhubungan Mesra Dengan Charlize Theron, Ini Reaksi Angelina Jolie

Asraf Aided
23/01/2019 06:52 MYT
Hubungan mesra aktor Hollywood, Brad Pitt dan Charlize Theron kini semakin terbuka dan mereka tidak merahsiakannya lagi.

Menurut sumber, perkara itu tidak disenangi oleh bekas isterinya, Angelina Jolie.

"Angelina sememangnya tidak pernah berbaik dengan Charlize memandangkan mereka pernah terlibat dengan isu berebut watak untuk sebuah filem sebelum ini.

"Jika Brad dan Charlize benar-benar bercinta, ia akan mengecewakan Angelina kerana Brad menjalinkan hubungan dengan wanita yang tidak disukai oleh bekas isterinya dan dia sudah lama mengetahui perkara itu.

"Angelina turut menyifatkan perkara itu sebagai satu pengkhianatan dan berharap khabar angin tentang hubungan itu tidak benar," kata sumber.

Hubungan Brad dan Charlize difahamkan mula terjalin pada sambutan Hari Krismas lalu dan kedua-dua pelakon itu dikatakan diperkenalkan oleh bekas tunang aktres kelahiran Afrika Selatan itu, Sean Penn.

Sumber : hollywoodlife.com
#Brad Pitt #Angelina Jolie #Charlize Theron