Brad Pitt Cekik Anak, Tarik Rambut & Cederakan Angelina Jolie
Maliah Surip
05/10/2022 14:48 MYT
05/10/2022 14:48 MYT
Sebuah fakta baru terbongkar mengenai kisah keganasan rumah tangga yang terjadi di antara pesohor Brad Pitt dan Angelina Jolie.
Menerusi dokumen mahkamah yang didedahkan sepanjang keduanya bercerai, Jolie mendakwa Pitt telah mencekik salah seorang daripada enam anak mereka, memukul salah seorang yang lain pada bahagian muka dan menarik rambut serta menghempas dia di dalam sebuah pesawat peribadi.
Insiden tersebut berlaku pada September 2016 sewaktu mereka dalam perjalanan dari Perancis ke California.
Ia telah meninggalkan trauma yang dalam terhadap anak anak mereka dengan Jolie mengatakan dirinya mengalami kecederaan pada bahagian belakang dan siku.
Lima hari selepas kejadian yang amat mengerikan itu, Jolie memfailkan penceraian diikuti menjual pegangan bersama dalam pemilikan ladang dan kilang anggur pada September 2021.
Pitt bagaimanapun tidak bersetuju dan memfailkan saman terhadap Jolie kerana telah menjual ladang dan kilang anggur yang dimiliki bersama.
“Dia telah cuba membuat yang terbaik untuk melindungi anak anak mereka. Namun selepas Pitt mengeluarkan saman dan membekukan beberapa aset kerja bersama, ia memaksa Jolie untuk mendedahkan masalah mereka kepada umum,” tulis kenyataan yang dikeluarkan peguam Jolie seperti dilaporkan DailyMailuk.
Pasangan yang pertama kali bertemu pada tahun 2005 itu membeli ladang anggur Chateau Miraval pada 2008.
Kredit Foto: Wire Images