Brad Pitt menjadi salah seorang aktor yang hadir ke Golden Globe Awards ke-80 yang berlangsung di Los Angeles, semalam.
Pitt tercalon dalam kategori Best Supporting Actor menerusi lakonannya dalam Babylon, namun tidak diumumkan sebagai pemenang.
Meski begitu, kehadiran bintang berusia 59 tahun ini tetap mencuri tumpuan apabila penampilannya nampak cukup berbeza daripada yang ‘ditunjukkan’ sebelum ini iaitu memakai skirt sehingga menjadi buah mulut.
Tidak hanya hadir dengan rambut pendek berpotongan rapi, gigi Pitt menjadi tumpuan. Ya gigi!
Media massa mendapati Pitt datang dengan gigi baharu atau gigi yang telah diperbaiki.
Aktor ini sebelumnya diketahui mengalami ‘kecederaan’ pada bahagian gigi kacipnya sehingga ia kelihatan berlekuk atau tidak sama rata.
Foto Pitt dengan gigi yang ‘tidak beres’ itu sempat dirakamkan lensa media pada Julai lalu sewaktu menghadiri tayangan perdana filem lakonannya, Bullet Train di London.
Sejak itu, gigi kacip bahagian kanannya memang dilihat mengalami ‘kecederaan.
Namun, penampilan Pitt yang asyik tersenyum pada malam Golden Globe Awards telah membuat bukan sahaja media tetapi peminat perasan idola mereka itu telahpun memperbetulkan giginya.
Seperti biasa, Pitt dikatakan tetap menebar pesona dan kelihatan sangat kacak saat melemparkan senyuman bersama sebaris gigi putihnya.
Maliah Surip
Thu Jan 12 2023


sooka Serba Baharu Tawar Harga Menarik Serendah RM14.90 Sebulan!
Tawaran baru sooka ni memang menarik.
_3.png?ext=.png)
Netizen Sekolahkan Individu Merungut, Salahkan Pemotong Rumput Kotorkan Kereta Baru Basuh- “Tak Ada Adab & Empati Ke?”
Mungkin dia marah-marah manja
_5.png?ext=.png)
Sebak! Momen Anak Surprise Mak Ayah Balik Kampung Bikin Banjir Air Mata - "Selagi Mereka Ada, Ambil Berat..."
Hargai ibu bapa anda

Lagi 4 Bulan Nak Raya, Fasha Sandha Dah Siap Baju Untuk Keluarga! - "Saya Risau Terlepas ..."
Awal tak kalut!

Netizen ‘Busuk Hati’ Tengok Budak-Budak Mandi Di Area Air Pancut The Exchange TRX? Ini Jawapan Pihak Pengurusan
Boleh mandi ke tak?
_7.png?ext=.png)
Dipuji Visual Persembahan Kreatif, Nikki Palikat Dedah Minta Pertolongan Pereka Fesyen Melinda Looi
Patutlah cantik bajunya
GELAK 90 Saat (6) - Shuk & Iskandar juara minggu 6
Saksikan Final #Gelak90saat Jumaat 9 malam di Astro Warna & strim di Astro Go
SIAPA "ADIK MOHD" TU NAQIU? | POWERCAT X GV
Rupanya Naqiu selalu ada yang teman bila masuk studio. Dari start masuk sampai keluar pun dia ada je kat situ. Siapa tu?
BINTANG CUCKOO PALING GEMPAK MINGGU 10 - NAQIU
Naqiu menyamakan kedudukan sebagai pemenang terbanyak anugerah ini sebanyak 4 kali. Seronok dapat tilam baru. Bukan biasa-biasa tau, tengok harga la berapa.

Video After Party BCL & Tiko Tular, Netizen Zahirkan Rasa Gusar - “Ashraf Would Be Sad To See This…”
Ramai yang beri kritikan terhadap BCL dan Tiko