gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
ADVERTORIAL
Syafiq Kyle & Mimi Lana Bersinar, Peminat Mula Buat Teori - “Kenapa Semua Watak Jahat Bermata Hijau? Mesti Ada Simbolik Ni”
HIBURAN
Isyariana Akui Trauma Untuk Kembali Menyanyi Selepas Tersingkir AF2016 - “Saya Memang Suka Menyanyi Dari Kecil”
VIRAL
Kak KM Pilih Untuk Hidup Sederhana - “Aku Tetap Rendah Diri, Beli Barang Dapur Dekat Kedai Aceh”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Brad Pitt Kongsi Pengalaman Sertai Alcoholics Anonymous Lepas Cerai

Maliah Surip
Maliah Surip
24/06/2025
13:33 MYT
Sponsor Banner
Brad Pitt Kongsi Pengalaman Sertai Alcoholics Anonymous Lepas Cerai
Brad Pitt menjadi aktor yang semakin terbuka tentang kehidupan peribadinya. Perlahan-lahan dia berkongsi kisah hidup terutama selepas bercerai dengan Angelina Jolie.
Terkini, Pitt mendedahkan bagaimana penyertaannya dalam Alcoholics Anonymous telah menjadikan dirinya seperti mendapat kehidupan baharu. Alcoholics Anonymous adalah kumpulan sokongan bagi individu yang mengalami masalah ketagihan alkohol.
“Saya hanya rasa Alcoholics Anonymous sangat mengagumkan. Kami saling berkongsi pengalaman, kebimbangan dan apa yang kami mahu capai. Dan banyak gurauan juga. Ini adalah pengalaman istimewa yang pernah saya lalui,” ujar Pitt.
Pitt, 61, berkongsi pengalaman tersebut sewaktu menjadi tetamu dalam episod Armchair Expert with Dax Shepard baru-baru ini, lapor People.
Pemenang Oscar itu juga mengaku agak malu pada awal penyertaan namun dia memang ingin membantu dirinya bebas daripada krisis hidup.
“Itu adalah waktu yang sukar tapi saya perlu untuk mendapatkan kehidupan saya semula. Jadi saya melakukan yang terbaik untuk diri sendiri walaupun saya bertanya adakah tindakan saya betul?
“Tapi saya perlu bertanggungjawab dengan keputusan yang telah diambil. Jadi pada waktu pertama kali mengikuti sesi ini, saya perkenalkan diri dan beritahu apa yang pernah atau telah saya buat. Sama macam orang lain.
“Ternyata setelah beberapa siri perkongsian, saya jadi tidak sabar untuk bertemu yang lain,” akuinya.
Pemain filem F1 itu pertama kali menyertai kumpulan sokongan tersebut pada 2016. Dia pertama kali mendedahkan menyertai Alcoholics Anonymous pada 2019.
Topic Berkaitan
#Hollywood
#Brad Pitt
#Angelina Jolie
#Alkohol
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement