Berita
Brad Pitt Masih Tidak Mempunyai Pengganti? Ini Sebabnya...
Aktor popular Hollywood, Brad Pitt masih tidak menjalinkan hubungan dengan mana-mana wanita selepas penceraiannya bersama aktres Angelina Jolie.
Menerusi laporan HollywoodLife.com, Brad menyatakan dia lebih selesa menumpukan perhatian dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang bapa dan masih tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa.
"Jika Brad membuat keputusan untuk bercinta, dia tidak akan mendedahkannya kepada umum dan tidak akan memperkenalkan wanita itu kepada anak-anaknya sehingga dia benar-benar serius.
"Perkara itu masih belum berlaku terhadap dirinya, dia masih menikmati kehidupan bujang selepas penceraiannya.
"Selain itu, Brad turut menumpukan perhatian untuk menguruskan anak-anak dan kerjayanya," kata sumber.
Pasangan Angelina Jolie dan Brad Pitt telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 selepas 10 tahun bersama dan bercerai pada September 2016.
Mereka mempunyai enam orang anak termasuk anak angkat iaitu Maddox, Zahara, Pax, Shiloh, Vivienne, dan Knox.
Sumber : HollywoodLife.com
Must-Watch Video