Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Brad Pitt Melepas! Aishwarya Rai Ungkit Cerita Lama, Rupa-Rupanya...

Asraf Aided
06/04/2021 13:40 MYT
Aktres popular Bollywood, Aishwarya Rai mendedahkan pernah menolak tawaran berlakon dalam filem Troy pada 2004 yang dibintangi Brad Pitt.

Memetik laporan Indian Express, pesohor jelita itu terpaksa menolak tawaran itu disebabkan komitmen lakonan yang sibuk di Bollywood.

"Banyak perkara yang saya tak pasti saya akan selesa atau tidak, kerana pembabitan dalam filem itu agak lama ketika itu," jelas Aishwarya.

Filem Troy arahan Wolfgang Peterson dibintangi oleh Brad Pitt, Eric Bana, Orlando Bloom dan Dian Kruger.

Watak Brisies yang pada mulanya mahu diberikan kepada Aishwarya telah dibawa oleh Rose Byrne.

Dalam pada itu, Aishwarya juga mengatakan cara kerja di Hollywood berbeza dengan penggiat industri Bollywood.

"Industri filem di barat berbeza cara kerjanya berbanding Bollywood, kebiasaannya kita akan terikat untuk jangka masa tertentu disebabkan insuran.

"Ia umpama kita betul-betul dikunci, saya tak biasa dengan cara itu," katanya lagi.

Sementara Brad Pitt menerusi satu temu bual bersama IANS sebelum ini berkata, dia dan barisan pelakon lain sudah terlepas peluang untuk bergandingan bersama ikon Bollywood itu.

"Jika berpeluang, saya mahu bekerja dengan Aishwarya Rai, dia sangat versatil.

"Aishwarya merupakan salah seorang bintang yang paling popular di Bollywood dan telah menerima pelbagai pengiktirafan untuk gaya, kecantikan dan bakat lakonannya.

"Jadi saya rasa kami telah terlepas peluang untuk berlakon bersamanya," katanya.

Imbas kembali, Aishwarya tampil dengan debut Hollywood menerusi filem Bride and Prejudice diikuti The Mistress of Spices (2005), The Last Legion (2007) dan The Pink Panther 2 (2009).

Kredit Foto: Biography (Brad Pitt) & Deadline (Aishwarya Rai)

#Hollywood #Brad Pitt #Bollywood #Aishwarya Rai #Troy
;