,
Laman Utama

"Break Je, Belajar Bahasa Indonesia”-Tak Mahu Guna Stunt Man, Zahirah Macwilson Masuk Latihan Martial Arts

Syafiqah Jalal
18/03/2021
04:56 MYT
Pelakon Zahirah Macwilson akui kekok apabila perlu menjalani latihan seni mempertahankan diri buat pertama kali untuk menjayakan filem Bulan & Pria Terhebat (BPT).
Menurut Zahirah dia sanggup melakukan latihan tersebut untuk watak Bulan kerana tidak mahu menggunakan stunt man atau pelakon lagak aksi.
Throwback to my first week of training for Bulan. Tak pernah buat martial arts sebelum ni jadi memang kekok lah masuk training.
“Nasib baik ada training coach dari Indonesia (Abg Ali, Frankie & team) yang sangat professional. Mereka lah yang ajar Ira fight sebab Ira dah cakap awal-awal yang Ira memang tak nak guna stunt double kalau boleh, so kena train hard!” katanya.
Zahirah berkongsi momen-momen ketika menjalani latihan sebelum penggambaran filem yang sudah menemui penonton sejak 11 Mac lalu menerusi Astro First.
Kata isteri kepada Aiman Hakim Ridza itu, dalam masa yang sama dia juga turut belajar Bahasa Indonesia untuk melancarkan dialognya di dalam filem tersebut.
“Rindu momen ni! Break je, training Bahasa Indonesia pula dengan speech coach, Rully.. Hari-hari rehearse dialogue sampai dapat.
“Great team and great effort from everyone on the production team!
“Kalau belum tengok lagi, make sure you guys watch Bulan & Pria Terhebat di Astro First!” kongsinya.
Selain Zahirah, Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Zahirah Macwilson, Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.
Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam sindiket pemerdagangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.
Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bapa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.
Jangan lupa saksikan filem Bulan & Pria Terhebat di Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Tarik Tudung Isteri Hingga Tertanggal Hanya Kerana Minta Beli Gincu

gempak
05/09/2024
13:25 MYT
Insiden di sebuah pasar raya mini di Indonesia pada minggu lalu yang dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) itu dikongsikan @vhiras5 di TikTok dan pemilik akaun @folkshitt di Instagram.
Terkini

Tanah Jerlus Masjid India: Lokasi Terus Jadi Tumpuan, Tular Hingga Ke Indonesia

gempak
02/09/2024
02:33 MYT
Seorang pelancong dari Indonesia, Effy Susanti Umar Said, 46, berkata, berita mengenai kejadian terbabit diketahui menerusi aplikasi TikTok yang tersebar secara meluas di negaranya.
Terkini

Pawang Gagal 'Hentikan' Hujan Diusir

gempak
29/08/2024
06:56 MYT
Pejabat Gabenor Aceh melahirkan rasa kesal dengan kehadiran seorang bomoh hujan di stadium Harapan Bangsa bagi melakukan upacara 'menghentikan' hujan kerana disifatkan sebagai tidak selari dengan syariat Islam.
Hiburan

Konsert Cokelat Kembali 7 September Di KL Batal!

gempak
28/08/2024
04:03 MYT
Konsert kumpulan dari Indonesia, Cokelat yang sepatutnya berlangsung di Zepp Kuala Lumpur, di sini, pada 7 September ini dibatalkan.
Viral

Ustaz Solmed Tayang Dapur Warna Ungu - "Saya Tepuk Dahi"

gempak
28/08/2024
02:55 MYT
Nama penceramah bebas, Ustaz Solmed memang sempat menuai perhatian pada awal tahun ini selepas mempamerkan kemewahan kediamannya yang bagai istana di Bogor, Indonesia.