“Bringing ‘Binawe’ Back” - Anwari Ashraf Kongsi Foto Scene Outline Keluang Man, Ramai Yang Teruja
Izwan Isa
01/06/2023 05:50 MYT
01/06/2023 05:50 MYT
Sejak kerjasama antara Astro Shaw dan pemegang harta intelek Keluang Man, Iconic Animation Studio Sdn Bhd diumumkan tahun lalu, rata-rata ramai yang tidak sabar untuk menyaksikan siri animasi popular itu diangkat ke layar perak.
Hal ini dapat dilihat selepas foto scene outline bagi naskhah yang bakal diangkat ke layar perak itu dimuat naik oleh penulisnya, Anwari Ashraf.
BACA: 26 Tahun & Masih Ikonik! Keluang Man Bakal Difilemkan, Siapa Layak Jadi Hero?
“Bringing ‘Binawe’ back,” tulisnya ringkas.
Meninjau ruangan komen, ramai yang menyatakan rasa teruja terhadap perkongsian yang dibuat oleh Anwari, termasuk rakan-rakan artis.
Terdahulu, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara dan Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad berkata, Astro Shaw amat berbesar hati kerana diberi kepercayaan dan peluang untuk bekerjasama dengan Iconic Animation Studio dalam mengangkat karya animasi legenda itu ke pentas yang lebih besar.
Keluang Man merupakan siri animasi popular dan diminati ramai pada akhir 90-an dan awal 2000. Siri animasi adiwira pertama tanah air ini diilhamkan oleh Allahyarham Kamarudin Ismail atau lebih dikenali sebagai Kamn Ismail bersama pengasas dan Pemilik UAS Animation, Natashah Md Noor dan pertama kali ditayangkan pada 1998.
BACA: Google Doodle Kenang Pencipta Keluang Man, Ini Empat Fakta Menarik Tentang Allahyarham Kamn Ismail
Mempunyai tujuh musim dengan lebih 140 episod, Keluang Man menampilkan jalan cerita unik yang mempamerkan adiwira yang diinspirasikan oleh keluang dan turut diselitkan dengan elemen komedi.
Watak adiwira itu tidak mempunyai sebarang kuasa ajaib istimewa tetapi dibentuk dengan ilmu persilatan, naluri dan sikap kejujuran yang tinggi. Rentetan daripada reaksi positif peminat dan penonton sejak animasi itu ditayangkan, terdapat banyak permintaan untuk mengembangkan lagi animasi kegemaran ramai ini.