Penyanyi popular Hollywood, Britney Spears berhasrat untuk kembali membuat persembahan apabila dia sudah bersedia berbuat demikian.

Menerusi laporan HollywoodLife.com, pengurus Britney, Larry Rudolph mengatakan penyanyi itu akan tetap kembali beraksi di pentas meskipun pelbagai kontroversi telah melanda dirinya.

"Britney akan kembali membuat persembahan, tapi buat masa ini, dia masih menjalani proses rawatan.

"Dia telah menjalani pelbagai dugaan sejak kebelakangan ini dan ingin menjadi seorang insan yang lebih baik.

"Britney sentiasa mahu kembali membuat persembahan, cuma buat masa ini, masa masih belum mengizinkan," kata Larry.

Baru-baru ini, Britney dimasukkan ke pusat rawatan mental selama sebulan ekoran tekanan yang dialami akibat ayahnya yang mengalami masalah kesihatan yang serius.

Sumber : HollywoodLife.com