Britney Spears Mahu Peminat Berhenti Percaya Khabar Angin

Asraf Aided
April 24, 2019 12:01 MYT
Penyanyi popular Hollywood, Britney Spears meminta orang ramai untuk tidak mempercayai seratus peratus tentang apa yang mereka lihat dan baca di internet.
Menurut Britney, khabar angin mengenai dirinya tersebar menerusi email palsu yang ditulis oleh bekas pengurusnya, Sam Lutfi yang menyamar sebagai dirinya.
Antara berita palsu yang tersebar adalah pihak yang mendakwa Britney dimasukkan ke pusat rawatan mental kerana dipaksa, namun sebenarnya, dia sendiri memilih untuk bertindak demikian.
Perkara itu dikongsi Britney menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagramnya.
"I wanted to say hi, because things that are being said have just gotten out of control!
"Wow! There's rumors, death threats to my family and my team, and just so many crazy things being said.
"Don't believe everyting you read and hear, these fake emails everywhere were crafted by Sam Lutfi years ago, I did not write them," tulisnya sebagai kapsyen.
Britney akan menjalani rawatan mental selama sebulan, dia mengalami tekanan semenjak bapanya, Jamie Spears mengalami masalah kesihatan yang serius sejak kebelakangan ini.
#Britney Spears