Penyanyi popular Hollywood, Britney Spears dilaporkan sedang menjalani rawatan di sebuah pusat pemulihan mental.

Menurut sumber, Britney mengalami tekanan kerana ayahnya, Jamie Spears sedang menghidap penyakit kritikal.

"Britney telah meninggalkan rumahnya di Las Vegas buat sementara waktu untuk menjaga ayahnya yang sedang jatuh sakit.

"Jamie Spears (ayahnya) telah menjalani dua pembedahan berkaitan penyakit usus.

"Britney sangat tertekan dengan perkara itu kerana dia amat menyayangi ayahnya," kata sumber.

Beberapa tahun yang lalu, Britney pernah mengalami masalah mental akibat tekanan ketika berpisah dengan bekas suaminya, Kevin Federline namun dia telah kembali sihat tidak lama selepas itu.