Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Britney Spears Tulis Buku Mengenai Hantu

Maliah Surip
12/10/2021 05:45 MYT
Pesohor sensasi Britney Spears mengumumkan dia kini dalam proses menulis sebuah buku bercorak seram dengan menampilkan karakter seorang wanita mati dibunuh. Setelah kematiannya, roh wanita tersebut tidak tenteram dan merubah dia menjadi hantu.

Menurut kemas kini yang dibuat melalui Instagramnya, Spears juga membocorkan plot buku tersebut dengan mengatakan wanita tersebut kembali menjadi hantu setelah tiga tahun.

"Saya sedang menulis sebuah buku mengenai wanita yang mati dibunuh," tulis penyanyi pop terkenal itu.

Dia kemudian menyambung: "Tetapi rohnya kemudian terperangkap selama tiga tahun dan kerana kesakitan serta trauma, dia menjadi hantu."

Spears juga mengatakan wanita tersebut tidak mempunyai orang yang boleh dipercayai, namun sesuatu terjadi dan dia mencari jalan untuk membantu keluarganya yang kesusahan di dunia.

"Jadi dia akan mencari siapa pembunuh dan mencipta sebuah dunia baharu. Pada masa sama dia akan meninggalkan kesan bagaimana untuk 'menulis' namanya semula di dunia!," tulis penyanyi itu lagi.

Namun, ramai dalam kalangan peminat dan wargamaya mengaitkan penulisan buku tersebut sebenarnya ada bersangkut paut dengan pembebasan dirinya daripada cengkaman ayah yang menjadi penjaganya sejak sekian lama.

Spears mendapat pembebasan hak ke atas diri sendiri untuk menguruskan hidup, karier dan hartanya pada bulan lalu.

Untuk rekod, Spears bukanlah satu satunya penyanyi atau ikon yang menulis buku berunsur fiksyen.

Bintang legenda Dolly Parton telah menghasilkan novel pertama hasil kolaborasinya dengan npvelis fiksyen terbaik dari Amerika Syarikat, James Patterson berjudul Run, Rose, Run yang akan berada di pasaran pada 2022, lapor Dazed.

Buku tersebut akan dihasilkan bersama produk muzik terbaharunya.

Kredit Foto: Dazed
#Hollywood #Britney Spears #Novel #Hantu #Jenayah #Hak Penjagaan
;