Bronny & LeBron James Cipta Sejarah! Jadi Duo Anak Beranak Pertama Bermain Satu Gelanggang Di NBA
Mya Amri
28/06/2024 15:55 MYT
28/06/2024 15:55 MYT
Bintang bola keranjang, LeBron James dan anak lelakinya Bronny James akan menjadi pasangan bapa-anak pertama yang berkongsi satu gelanggang untuk pasukan terkenal, Lakers.
Difahamkan LeBron James pernah menyatakan hasrat untuk bermain di dalam liga NBA bersama anaknya dan kini impian itu bakal menjadi kenyataan apabila Los Angeles Lakers memilih Bronny sebagai pilihan No. 55 dalam pusingan kedua draf NBA 2024 pada Khamis.
Malah Bronny menerusi akaun Instagram miliknya juga turut menyatakan rasa terharu dan teruja kerana dapat beraksi bersama bapanya.
Lebih manis lagi, mereka menerima berita gembira itu semasa majlis makan malam bersama keluarga di New York.
Antara yang hadir pada majlis itu adalah ibu LeBron, isteri, keluarga mentua dan juga beberapa rakan baiknya.
Terdahulu, Bronny telah menamatkan tahun pertama bola keranjang di kolejnya dengan Trojans University of Southern California, di mana dia memperoleh purata 4.8 mata dan 2.1 bantuan setiap perlawanan.
Tidak seperti bapanya, yang berketinggian 6 kaki 9 inci dan merupakan penjaring terbanyak sepanjang NBA, ketinggian Bronny pula adalah 6 kaki 1 inci dan lebih kepada pemain pertahanan.
Terdahulu, dalam sejarah NBA tidak pernah ada seorang bapa dan seorang anak lelaki yang berkongsi atau bermain di gelanggang bola keranjang NBA yang sama.
Sumber: ESPN, The Guardian, BBC
Duo anak beranak hebat
Difahamkan LeBron James pernah menyatakan hasrat untuk bermain di dalam liga NBA bersama anaknya dan kini impian itu bakal menjadi kenyataan apabila Los Angeles Lakers memilih Bronny sebagai pilihan No. 55 dalam pusingan kedua draf NBA 2024 pada Khamis.Malah Bronny menerusi akaun Instagram miliknya juga turut menyatakan rasa terharu dan teruja kerana dapat beraksi bersama bapanya.
"Beyond blessed," tulisnya ringkas.