BERITA
Bront Palarae Berdebat Dengan Pengguna Media Sosial Mengenai Isu Bahasa Malaysia Sebagai Bahasa Kebangsaan
Pelakon popular, Bront Palarae menempelak sikap segelintir masyarakat Malaysia yang tidak boleh menerima bahasa Kebangsaan dianggap suatu sikap yang memalukan sebagai rakyat di negara ini.
Ujarnya, sikap sedemikian bukan kerana mereka tidak peduli terhadap bahasa Kebangsaan tetapi menunjukkan keangkuhan.
Bront membalas komen beberapa individu di Twitter yang berbahas mengenai isu tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Saya lebih keliru sekarang. Kita berbicara mengenai kepentingan Bahasa Malaysia dan anda bercakap mengenai bagaimana BN merosakkan aspek kepelbagaian bangsa dalam masyarakat," katanya dalam satu status balasnya itu.
Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-23 ini turut menegaskan meskipun dia berpandangan BM adalah penting untuk pembangunan masyarakat di negara ini, ia tidak bermakna bahasa lain tidak menjadi penting.
Menariknya, Bront juga memberitahu pada pengguna Twitter, dia membesar dengan bahasa Thai ketika di rumah tetapi dididik untuk fasih BM sebab identiti sebagai rakyat negara ini.
"Thai (ibu) & Hokkien (bapa) adalah warisan & English utk melihat dunia tp BM sbg identiti kita rakyat negara ini," katanya.
Teks oleh: Elrafaei Sapi