Aktor berbakat, Bront Palarae memuji semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penggambaran filem terbaru lakonannya iaitu Proksi.

Menurut Bront, semua pelakon tahu apa yang mereka lakukan dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi ketika penggambaran.

"Semua orang tahu apa yang mereka buat dan pandai menyesuaikan diri dengan situasi di set penggambaran.

"'Masalah utama' adalah kami sentiasa nak beri kejutan, orang nak beri kejutan untuk kita, kita nak beri kejutan dekat orang lain.

"Tapi ia adalah satu perkara yang baik yang kami lakukan setiap hari kerana akan ada sesuatu yang segar dibawa set," katanya.

Dalam pada itu, Bront akui gembira menjalani penggambaran filem Proksi secara keseluruhan.

"Apapun, kerjasama berpasukan itu dapat dirasakan, seperti set lain yang saya enjoy, filem ini adalah pilihan tiga teratas (top 3) saya, bukan, top 2!" selorohnya.

Selain Bront, Proksi juga menampilkan lakonan mantap Allahyarham Ashraf Sinclair, Sangeeta Krishnasamy, Datuk Rosyam Nor dan Faizal Hussein.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Proksi di pawagam rumah anda!

Untuk melanggan sila ke Astro First, saluran 480 atau strim di Astro Go atau On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw.

Dapatkan berita terkini, cepat dan mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi