Hiburan

Bront Palarae Terima Tawaran Kerana Toyol

gempak
Kamaruddin Razal
01/10/2018
13:46 MYT
Sponsor Banner
Bront Palarae Terima Tawaran Kerana Toyol
Pelakon terkenal, Bront Palarae menjelaskan dia menerima tawaran untuk berlakon dalam karya seram kerana jalan cerita dan pengarah.
Muncul dalam filem televisyen berjudul Folklore: Toyol, Bront bergandingan dengan aktres berbakat, Nabila Huda.
"Sejujurnya, saya tak letak sasaran untuk berlakon naskah bertemakan seram dalam masa terdekat.
"Selepas filem Pengabdi Setan berjaya, saya ada berfikir mahu berlakon lagi dalam genre seram dalam tiga atau empat tahun akan datang.
"Namun begitu, selepas saya mendapat tawaran dan membaca skrip Toyol, saya jadi tertarik," kata Bront.
Tambah pelakon ini, dia juga tidak mahu melepaskan peluang untuk berlakon di bawah arahan sutradara berbakat, Ho Yuhang.
"Jalan ceritanya Toyol sangat baik dan Ho Yuhang pula yang duduk di kerusi pengarah. Saya terus menerima tawaran dan tidak mahu melepaskan peluang terbabit," katanya.
Selain Bront dan Nabila, karya ini turut dibintangi oleh Redza Minhat, Datin Seri Umie Aida dan ramai lagi.
Folklore: Toyol bakal ditayangkan pada Ahad, 4 November, jam 10 malam secara eksklusif di saluran HBO (411) dan HBO HD (431).
Folklore merupakan siri antologi seram terbitan asal pertama HBO Asia. Ia merupakan sebuah siri enam episod yang menampilkan kisah-kisah dari Indonesia, Singapura, Jepun, Thailand, Korea dan Malaysia.
Folklore ditayangkan setiap Ahad, jam 10 malam secara eksklusif di saluran HBO (411) dan HBO HD (431) bermula 7 Oktober ini.
Untuk informasi lanjut mengenai siri Folklore, layari laman web http://hboasia.com/HBO/en-sg/shows/folklore
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live