Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

"Brother Sajat Ni Dah Lama Berpakaian Wanita Di Malaysia" - Caprice Persoal Kenapa Tiada Tindakan Terhadap Nur Sajat Sebelum Ini

Asraf Aided 04/02/2020 | 04:02 MYT
Rapper dan usahawan, Caprice menyuarakan pendapatnya tentang berita penangkapan usahawan Nur Sajat di Arab Saudi ekoran isu memakai pakaian wanita ketika menunaikan umrah baru-baru ini.
Berita penangkapan usahawan itu dibaca Caprice menerusi perkongsian pelakon Fizz Fairuz di laman Instagram.

Islam itu indah ,jgn rosakkan ia dgn akhlak yg terlalu mundur ini.. allah tu maha adil,jgn pandang islam itu sebelah mata.. semua umat islam mendengar,melihat, apa yg terjadi... jika kami tidak mengambil tindakkan,kami jgk akan disoal siasat di sana nanti.. kenapa kami tidak mengambil tindakan padahal kami tahu.. allah tu maha besar,kami bersuara.. hukumlah seadilnya,terlalu melampau.. islam itu di perlekehkan.. sampai masanya utk kita berkeras.. jgn sebab banyak harta benda,mereka blh buat sesuka hati.. lepas tanggungjawab kami sebagai umat islam .. -allahuakhbar!!!! Amin

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

Namun begitu, Caprice tertanya-tanya mengapa orang ramai terlalu mengambil tahu tentang tindakan yang diambil terhadap Sajat di Arab Saudi, sedangkan sebelum ini usahawan kosmetik dan emas itu sudah lama berpenampilan seperti wanita di Malaysia.
"Kenapa beria dengan isu Sajat kena tangkap di Arab Saudi? Sedangkan 'brother' Nur Sajat ini dah lama pakai pakaian wanita di Malaysia.
"Kalau perkara itu mencemarkan imej Islam, kenapa tiada tindakan di Malaysia selama ini?
"Adakah hukum Islam berbeza di Ampang dan di Madinah? Di Damansara dan di Jeddah? Di mana pun kita berada, hukum Allah tetap sama," kata Caprice dalam sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram.
Perkongsian itu mendapat perhatian dari ramai pengikut Caprice di ruangan komen.
Rata-rata mereka meninggalkan respon positif dan bersetuju dengan apa yang diperkatakan penyanyi lagu Baby Sayang ini.

Berani buat kerje gile, berani tanggung.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Sejak pagi Ahad, sosial media kecoh apabila Sajat berpenampilan wanita ketika menunaikan umrah bersama keluarganya.
BACA: "Bila Kita Di Sini, Kita Semuanya Sama" - Nur Sajat Bersyukur Selesai Tunai Umrah
BACA: “Sepanjang Perjalanan Semua Ikut Garis Panduan, Cuma Sebaliknya Berlaku Di Sana” – Jawapan Agensi Pelancongan Selepas Dikecam Gara-Gara Sajat
BACA: “Sajat Bertudung Untuk Ambil Gambar Sahaja, Berihram dan Solat Seperti Lelaki Juga” – PU Amin Bersangka Baik
#Umrah #Nur Sajat #Caprice
;