UNDI TOP 5 GEMPAK MOST WANTED AWARDS SEKARANG!
HIBURAN

“Brother Is That You?” – Ben Amir Terhibur Rambut Sama Dengan Kucing

Azwa Rahman 14/08/2019 | 08:07 MYT
Pelakon Ben Amir teruja apabila ada seeokor kucing mempunyai rambut yang dikatakan mirip rambut panjangnya.
Menerusi laman sosial Twitter, Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin, 29, mengulang kicau sekeping foto kucing yang menggunakan nama akaun @bujibu_chempel.
“Brother is that you?” tanya Ben pada aksi kucing dengan bulu yang berupa rambut Panjang di atas kepalanya.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Malah, akaun kucing tersebut turut membalas tweet daripada Ben.
“Season 2 kalau perlukan kuceng extra roger, Ben Jibu,” ujar pengendali akaun kucing terbabit.
Rata-rata netizen terhibur dengan usikan pelakon kelahiran program Hero Remaja itu di laman sosial.
“Haih dahlah handsome, kelakar pulak tu,” puji seorang netizen.
“HAHAHA siblings yang terpisah jugak ke ni,” usik seorang netizen.
“Jibu tak pernah tak style. Tak boleh lawan Ben. Ben je hensem,” komen seorang netizen lagi.
Terdahulu, Ben mendapat perhatian apabila rambut panjangnya mendapat pujian ramai gadis.
BACA: http://www.gempak.com/artikel/22138/this-dude-is-prettier-than-mira-filzah-rambut-panjang-ben-amir-dapat-pujian-netizen
Tweet Ben itu sehingga kini mendapat hampir 16,000 ulang kicau dan lebih 17,000 likes.
Terbaru, nama Ben trending di Twitter gara-gara drama bersiri Sweet Dreams bersama Mira Filzah.
Drama arahan Michael Ang yang diadaptasi daripada sebuah novel tulisan Acik Lana ini sudah menemui penonton di slot Megadrama pada setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Gunakan hashtag #dramaSweetDreams #SweetDreams untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial.
#Selebriti #Kacak #Sweet Dreams