Hiburan
Brunei Menang Gangsa Sukan Polo, Kelibat Pengiran Muda Mateen Bolkiah Curi Tumpuan
Putera Brunei, Pengiran Muda Mateen Bolkiah mencuri tumpuan netizen apabila memenangi pingat gangsa pada Sukan Asia Tenggara (Sukan SEA) Kali Ke-30 Filipina.
Menerusi laman Instagram miliknya, Mateen atau nama sebenarnya 'Abdul Mateen Bolkiah, 28, berkongsi beberapa keping foto meraikan kejayaan pasukannya di Padang Polo Inigo Zobel, Manila untuk tatapan umum.
“What a tournament, what a team. Bittersweet bronze,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Pada perlawanan polo Divesyen A menentang pasukan Indonesia, pasukan polo yang terdiri daripada kerabat Brunei itu mencatatkan keputusan 5 berbalas 4.
Turut sama berangkat menyaksikan perlawanan tersebut ialah Sultan Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.
Meninjau ruangan komen, ramai wargamaya terutamanya para gadis memberikan ucapan tahniah kepada putera raja yang digilai ramai itu.
“Congrats my future husband,” kata seorang wargamaya.
“So proud of you! Mabuhay! I hope you have a great time here at Philippines,” puji seorang wargamaya.
“Gambar keempat tu memang mengecewakan. Hahahaha,” komen seorang wargamaya pada gambar Mateen bersama teman rapatnya.
Lebih membanggakan apabila Malaysia berjaya mempertahankan pingat emas apabila menewaskan Filipina dengan mata 7-5.
Terdahulu, Mateen mula tular dan mencairkan hati gadis Malaysia apabila membuat kemunculan mewakili Brunei pada Sukan SEA edisi 2017 di Kuala Lumpur.
Must-Watch Video