,
Hiburan

Brunei Tangguh Pelaksanaan Hukuman Rejam, George Clooney Beri Amaran Pada Malaysia

Azwa Rahman
15/05/2019
03:59 MYT
Pelakon antarabangsa, George Clooney memberi amaran kepada negara Malaysia dan Indonesia untuk tidak melaksanakan hukuman rejam bagi pesalah hubungan sejenis dan penzina.
Bercakap ketika menjadi tetamu undungan rancangan The Ellen Show, Clooney menegaskan pembatalan hukuman tersebut ibarat satu kemenangan besar buat masyarakat dunia. “Brunei adalah sebuah negara kecil tetapi mereka mahu melaksanakan hukuman mati kepada golongan sejenis dan penzina. Kita boleh jadikan perkara ini sukar dengan memboikot hotelnya tetapi itu bukanlah masalah pada seorang lelaki kaya.
“Tetapi apabila bank dan institusi kewangan mula berkata 'okay, kami keluar daripada perniagaan Brunei', maka dia pun berundur dan mengubah keputusannya”, jelas Clooney lagi di dalam wawancara itu.
Menurutnya lagi, pengunduran perniagaan yang melibatkan kewangan seperti ini ibarat amaran ke atas negara Malaysia dan Indonesia yang turut memikirkan pelaksanaan hukuman ini.
Terdahulu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah mengumumkan pelaksanaan hukuman rejam sampai mati ke atas pesalah hubungan sejenis dan penzina di negara itu April lalu.
Ramai selebriti dunia termasuklah George Clooney, Ellen DeGeneres, Elton John dan Dua Lipa menyeru untuk memboikot hotel-hotel yang dimiliki oleh Baginda.
Di UK pula, semua iklan dan promosi pelancongan ke negara Brunei telah diturunkan.
Beberapa bank utama, termasuk J.P. Morgan, Kumpulan Goldman Sachs dan Bank of America turut melarang pekerja mereka daripada menginap di hotel-hotel yang dimiliki oleh Sultan Brunei, termasuk kumpulan hotel mewah Dorchester Collection.
Sumber: Twitter @TheEllenShow, Utusan Malaysia dan Says
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Anugerah All Star Influencers Raikan Bakat Digital Malaysia & Antarabangsa, Siapa Bakal Juara Tahun Ini?

gempak
17/11/2024
11:19 MYT
Anugerah All Star Influencers (ASIA) 2024 bakal menjadi pentas berprestij yang mengiktiraf pempengaruh terbaik dari lapan negara di Asia termasuk Malaysia.
Hiburan

"Terima Kasih Malaysia!" - Ne-Yo Pukau 6,000 Peminat Di KL, Bergoyang Layan Lagu R&B 2000-an

gempak
14/11/2024
16:00 MYT
Setelah sekian lama dinanti-nantikan, penyanyi R&B terkenal, NE-YO, tampil membuat kemunculan semula di Kuala Lumpur dengan konsert NE-YO: Live in Malaysia 2024 yang berlangsung pada 9 dan 10 November di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Antarabangsa Kuala Lumpur (KLCC).
Hiburan

8 Artis Popular Malaysia & Indonesia Kongsi Pentas Untuk Nyalafest 2024! - "Persembahan Noh Salleh x Restoe Iboe Akan Beri Kejutan"

gempak
13/11/2024
07:04 MYT
Bukan sekadar konsert, festival muzik, Nyalafest 2024 bakal menggabungkan lapan artis terkenal dari dua negara, Malaysia dan Indonesia dalam satu pentas di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada 30 November ini.
Berita

Saluran Radio Astro ERA FM , HITZ & MY FM Terus Kukuh, Kekal Relevan Pilihan Nombor 1 Rakyat Malaysia!

gempak
12/11/2024
08:25 MYT
Stesen Astro Radio terus kukuh sebagai pilihan utama rakyat Malaysia menjadikan ia kekal stesen radio nombor satu. 11 stesen di bawah kendalian Astro Radio catat jumlah pendengar sebanyak 2% termasuklah stesen radio terkenal ERA FM , HITZ dan MY FM.
Gaya Hidup

Kempen Beli Barangan Malaysia Cipta Rekod di MGM 2024

gempak
08/11/2024
13:59 MYT
Kempen 'Beli Barangan Malaysia' dalam program tahunan 'My Gaya Month' (MGM) 2024 telah mencatatkan jualan bernilai RM1 juta sepanjang sebulan, melangkaui sasaran awal.
Unitar