Peserta Kayllash Thiagarajan atau Kay dinobatkan sebagai juara individu Battleground Malaysia: Road To Gold sekaligus membawa pulang hadiah berupa RM25,000 sumbangan Kementerian Belia & Sukan (KBS) beserta trofi.

Dalam masa yang sama, Kay dan pasukannya, Pasukan Danny turut diangkat sebagai johan kategori pasukan Battleground Malaysia: Road To Gold.

Pasukan Danny membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM100,000 sumbangan KBS.

Tempat kedua pula jatuh pada pasukan Legosam yang menerimq hadiah bernilai RM30,000 sumbangan KBS

Sementara pasukan Seven pula selesa di tempat ketiga dan membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM25,000 beserta trofi.

Dihoskan oleh Sherry Al-Hadad, Saint TFC dan Dennis Yin, Battleground Malaysia: Road To Gold pusingan akhir dijurikan oleh Zizan Razak, Lip J, Pacman dan Zyko.

Undian secara online daripada orang ramai membentuk 10 peratus daripada jumlah markah di Pusingan 1 dan 2).

Siri 6 episod, Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian
Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan
Muzik!

Pasukan tarian telah disenarai pendek daripada ratusan belia di seluruh negara melalui uji
bakat dalam talian dan di acara lapangan.

Tiga pasukan teratas yang melepasi pusingan akhir termasuk kumpulan-kumpulan tarian diketuai oleh
Lego Sam, pemenang dua kali pingat Emas Games Breaking Sukan SEA, Danny Lee dari kumpulan
muzik 3P (Threee Production) dan Seven, Juara Astro Battleground 2010 & 2011.

Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY) anjuran Astro, pertandingan tarian jalanan terbesar di Malaysia.

Acara yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya itu disiarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104), Vinmeen (Saluran 202), SHOWCASE (Saluran 413), Astro AEC (Saluran 306) dan Astro Arena 2 HD (Saluran 802).