,
Laman Utama

BTGMY Recap: Aura K-Pop Luar Biasa, Team Danny Raih Golden Cap Minggu Ini!

Izwan Isa
31/10/2023
16:04 MYT
Pejam celik, tinggal dua episod sahaja lagi sebelum kita melangkah ke minggu final Battlegroud Malaysia: Road To Gold (BTGMY). Ramai dalam kalangan penonton sudah tidak sabar untuk menyaksikan siapakah yang bakal mara ke pusingan terakhir.
Namun, sebelum itu, apa kata kita imbas kembali apa yang berlaku sepanjang episod 4 yang disiarkan baru-baru ini:
1. Minggu ini para peserta perlu mengikuti tema K-Pop dan rutin tarian yang dipersembahkan perlulah berdasarkan lagu-lagu genre K-Pop.
2. Menariknya, Zizan memberikan tugasan yang unik pada minggu ini, iaitu musical chairs! Setiap pasukan perlu menghantar seorang wakil untuk mengambil bahagian dalam K-Pop Musical Dance yang menentukan rutin tarian mana yang akan dimainkan dahulu.
3. Team Seven menerima Golden Cap pada episod 3, jadi mereka memilih lagu-lagu berikut untuk pasukan mereka dan juga pasukan lain:
Team Seven – Maniac by Stray Kids Team Khenobu – Super Shy by New Jeans Team Lego – Zoo by Taeyong, Jeno, Hendery & Yangyang of NCT x Giselle of Aespa Team Danny – Shoong! by Taeyang feat Lisa Blackpink
4. Minggu ini merupakan minggu yang mencabar buat Team Seven kerana mereka ingin merebutkan Golden Cap sekali lagi, begitu juga pasukan lain.
5. Team Danny berjaya memenangi Golden Cap minggu ini
6. Team Seven dan Team Khenobu berada di posisi bottom two pada episod ini dengan menyaksikan empat troopers disingkirkan (2 daripada 2 pasukan dengan markah terendah)
7. Saksikan siapa yang akan tersingkir!
Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik!
Battleground Malaysia: Road to Gold akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC manakala selebriti versatile iaitu Zizan Razak akan memegang tanggungjawab sebagai juri.
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap Jumaat, 10 malam. Rancangan ini juga boleh distrim di aplikasi Astro Go.
Untuk info, Pertandingan ini memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih troopers seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.
Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking iaitu Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA, Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011, Seven.
Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.
Rancangan ini turut membawa penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya street dance mereka. Hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.
Astro akan mengadakan grand finale secara langsung pada 3 November di mana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri-juri antarabangsa.
Pasukan juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain daripada itu, peserta-peserta dalam pasukan juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Battleground Malaysia

BTGMY: Pasukan Danny Teruskan Formasi Asal, Sungguhpun Seorang Anggota Tercedera 2 Jam Sebelum Final

gempak
04/11/2023
07:50 MYT
Tahniah Pasukan Danny
Battleground Malaysia

BTGMY: Kay, Pasukan Danny Dinobat Juara Battleground Malaysia: Road To Gold

gempak
03/11/2023
15:48 MYT
Tahniah kepada pemenang.
Battleground Malaysia

BTGMY: Battleground Malaysia Road To Gold Menuju Final! Siapa Bakal Bergelar Juara?

gempak
03/11/2023
10:20 MYT
Tekaan anda?
Laman Utama

Battleground Malaysia: Road To Gold Antara Usaha KBS Untuk Meraih Pingat Emas Olimpik

gempak
02/11/2023
10:15 MYT
Semuanya memang hebat-hebat.
Laman Utama

BTGMY Recap: Zizan Razak Diperkenalkan Sebagai Juri Khas Battleground Malaysia: Road To Gold!

gempak
20/10/2023
11:50 MYT
Mantap minggu lalu
Unitar