Laman Utama
BTGMY Recap: Zizan Razak Diperkenalkan Sebagai Juri Khas Battleground Malaysia: Road To Gold!
Sudah masuk minggu ketiga, adrenalin semakin memuncak, dan Battleground Malaysia: Road To Gold (BTGMY) menyaksikan pelakon, penyanyi dan pengacara Zizan Razak diperkenalkan sebagai juri khas!
Ketinggalan menyaksikan persembahan minggu lalu? Berikut merupakan beberapa fakta yang anda perlu tahu mengenai BTGMY minggu ketiga:
1. Pada awalnya, Zizan kelihatan ‘confused’ apabila dia dipilih untuk menduduki kerusi juri khas BTGMY. Namun, disebabkan kecintaannya terhadap bidang tarian, Zizan merupakan pilihan tepat untuk posisi itu.
2. Tema Episod 3: The Captain - di mana kapten membimbing pasukan dengan lagu yang diberi (mereka muncul dalam video muzik itu juga). Ini adalah kali pertama semua ahli pasukan bekerjasama untuk memastikan video muzik mereka menjadi video muzik terbaik.
3. Terdapat juga pertarungan antara satu anggota pasukan yang memerlukan mereka menari mengikut lagu pilihan Zizan.
4. Lagu untuk setiap pasukan: Pasukan Lego (Blinding Lights oleh The Weeknd) Pasukan Seven (Golden Hour oleh JVKE), Pasukan Khenobu (Satu Malam Di Temasek oleh Joe Flizzow feat Sona One) dan Pasukan Danny (Pi Li Pa La oleh Andrew Chou).
5. Pasukan Seven menerima Golden Cap yang memberikan kelebihan untuk pusingan seterusnya (mereka boleh memilih lagu pasukan sendiri dan lagu-lagu untuk pasukan lain).
6. Minggu ini juga menyaksikan 2 penyingkiran. Nak tahu siapa yang tersingkir? Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold!
Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah inisiatif bersama Kementerian Belia dan Sukan yang diperkasakan menerusi program Rakan Muda iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik!
Battleground Malaysia: Road to Gold akan dihoskan dalam tiga bahasa oleh Sherry Alhadad, Dennis Yin dan Saint TFC manakala selebriti versatile iaitu Zizan Razak akan memegang tanggungjawab sebagai juri.
Saksikan Battleground Malaysia: Road to Gold menerusi Astro RIA (Saluran 104) & SHOWCASE (Saluran 413) setiap Jumaat, 10 malam. Rancangan ini juga boleh distrim di aplikasi Astro Go.
Untuk info, Pertandingan ini memaparkan empat kapten tarian terkemuka yang ditugaskan untuk memilih troopers seramai sepuluh orang berdasarkan kebolehan menari mereka.
Kapten-kapten ini terdiri daripada pemenang pingat emas Sukan SEA acara Breaking iaitu Lego Sam, wakil Malaysia ke Sukan SEA, Khenobu, ahli kumpulan muzik 3P (Threee Production) Danny Lee dan juara Astro Battleground 2010 & 2011, Seven.
Mereka akan membentuk pasukan masing-masing dengan menguji kemahiran penari-penari yang bertanding menerusi pelbagai cabaran.
Rancangan ini turut membawa penari-penari dari pelbagai latar belakang untuk bertarung dengan gaya street dance mereka. Hanya penari yang terhandal akan kekal dalam pertandingan ini.
Astro akan mengadakan grand finale secara langsung pada 3 November di mana hanya pasukan tarian terhandal akan bertanding di hadapan juri-juri antarabangsa.
Pasukan juara akan membawa pulang RM100,000, manakala naib juara akan menerima RM30,000. Selain daripada itu, peserta-peserta dalam pasukan juara akan bersaing sesama sendiri untuk memenangi hadiah tambahan RM25,000.
Must-Watch Video