Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

BTS Bakal Bertemu Biden, Bincang Isu 'Anti-Asia'

Gempak
27/05/2022 10:50 MYT
BTS, kumpulan K-pop yang mendapat pencalonan Grammy, bakal menghadiri sesi bersama Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden, minggu depan.

Isu 'inklusif dan representasi Asia' dijangka menjadi topik utama dalam pertemuan tersebut.

White House dalam satu kenyataan memaklumkan, antara isu lain yang akan dibincangkan adalah berkait jenayah kebencian dan diskriminasi terhadap penduduk berketurunan Asia.

Kunjungan kumpulan tersebut ke White House yang dijadual pada Selasa depan adalah susulan lawatan Biden ke Korea Selatan minggu lalu.

Biden sebelum ini dilihat lantang bersuara berkenaan komitmennya untuk membanteras kenaikan kes jenayah anti-Asia.

Tahun lepas, Presiden Parti Demokratik itu telah menandatangani kelulusan undang-undang Akta Jenayah Pembencian COVID-19.

BTS yang dikenali sebagai Bangtan Boys, akan turut bersama Biden membincangkan tentang kepelbagaian individu dan peranan kumpulan K-pop sebagai platform duta belia.

Kumpulan yang mempunyai jutaan pengikut itu menerima pencalonan Grammy pertamanya tahun lalu selepas pelancaran lagu Dynamite yang didedikasikan kepada peminat mereka terkesan akibat pandemik COVID-19.


Sumber: Astro Awani

#BTS #Joe Biden #Anti-Asian #South Korea
;