Kumpulan kpop terkenal BTS sudah mengesahkan penampilan mereka pada Anugerah Grammy 2020 yang akan diadakan di Staples Centre, Los Angeles pada Isnin ini.

Tambah istimewa apabila mereka akan duduk sebaris dengan penyanyi popular Taylor Swift pada anugerah yang menyambut penganjuranya untuk kali ke-62.



Memetik laporan Pop Crush, dua ikon dunia Beyonce dan Jay-Z akan duduk di hadapan BTS dan cukup membuatkan ARMY cukup bangga.

Menerusi laman sosial Twitter, akaun @headlineplanet turut mendedahkan beberapa kedudukan selebriti popular lain seperti pasangan Shawn Mendes dan Camila Cabello, Jonas Brothers dan Billie Eilish.



Antara nama-nama besar yang bakal membuat persembahan pada acara berprestij itu nanti adalah Camila Cabello, Billie Eilish, DJ Khaled, Lizzo, John Legend, Ariana Grande dan ramai lagi.

Bakal dihoskan oleh penyanyi Alicia Keys, antara personality yang bakal menyampaikan anugerah adalah Dua Lipa. Trevor Noah, Stevie Wonder dan ramai lagi.

Anugerah Grammy bakal bersiaran di saluran Fox Life (711) dan Fox Live HD (722) jam 8 pagi.