Laman Utama

BTS Belanja Teaser Single Butter...Rambut Warna Warni Jadi Kegilaan Peminat!

Asraf Aided
11/05/2021
14:10 MYT
Peminat kumpulan K-Pop terkenal BTS umpama tak keruan selepas melihat foto teaser lagu baru mereka berjudul Butter di Twitter.
Memetik laporan CNN, foto yang dikongsi syarikat pengurusan BigHit Entertainment itu memaparkan imej terbaru kumpuan itu.
Antara pembaharuan yang ditampilkan adalah warna rambut mereka yang berbeza berbanding sebelum ini.
RM tampil berambut merah jambu, JHope pula warna kuning keemasan dan Jimin mewarnakan rambutnya dengan warna pelangi.
Sementara Taehyung pula memilih warna coklat, Jin berambut hitam, Suga memilih kelabu dan Jungkook dengan warna ungu.
Seperti biasa, rata-rata peminat kumpulan berpengaruh ini teruja melihat kemunculan mereka, tambahan lagi jika ia merupakan teaser untuk sesebuah lagu.
Single Butter bakal dilancarkan pada 21 Mei tidak lama lagi.
Ia merupakan kali kedua kumpulan ini menghasilkan single berbahasa Inggeris selepas Dynamite yang dilancarkan tahun lalu.
Kredit Foto: India.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Viral

Influencer Kena Kecam Pakai Mentega Jadi Asas Solekan - "Ia Beri Kemasan Seperti Kulit Berembun..."

gempak
01/05/2024
14:50 MYT
Seorang pesohor media sosial mengundang kontroversi kerana menggunakan mentega sebagai bahan asas solekan, lapor laman berita Wion News.
Hiburan

Tampil Dengan Persembahan Hebat Di Coachella, LE SSERAFIM Tular Dikritik Kerana Prestasi Vokal Kurang Memuaskan

gempak
15/04/2024
15:00 MYT
Vokal LE SSERAFIM jadi perhatian.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!