Jom undi InilahHeroKITA 2024 yang memberikan inspirasi melalui media sosial sekarang! 

BTS Dahului Kanye West & Beyonce, Paling Kerap Diciap Di Twitter!

Asraf Aided
24/02/2021 06:04 MYT
Kumpulan K-Pop popular, BTS telah menduduki tangga pertama dalam senarai artis paling banyak diciap (tweet) sepanjang 2020 oleh pengguna Twitter di Amerika Syarikat.

Berdasarkan kajian yang dikendalikan Twitter, BTS mendahului kedudukan Kanye West, Beyonce dan Drake bagi artis yang paling kerap diciap.

Dalam pada itu, kumpulan K-Pop lain seperti ATEEZ, NCT dan EXO juga berada dalam senarai 10 teratas bersama Megan Thee Stallion, Harry Styles dan Bad Bunny.

BTS mencipta kejayaan dalam industri muzik Amerika Syarikat tahun lalu selepas pelancaran lagu Bahasa Inggeris pertama mereka, Dynamite yang mendapat sambutan luar biasa.

Lagu itu juga telah menduduki tempat pertama dalam carta Billboard's Hot 100.

Imbas kembali, BTS yang dianggotai RM, Jin, Jimin, Suga, J-Hope, V dan Jungkook itu mula ditubuhkan pada tahun 2013 dan berjaya membina populariti sehingga kini.

Sumber: Yonhap News Agency
Kredit Foto: Seventeen Magazine



 
#K-Pop #Beyonce #BTS #Kanye West #Twitter