Hiburan
BTS J-Hope Beri Sumbangan RM350,000 Bantu Pelajar Tidak Berkemampuan
Anggota kumpulan K-Pop terkenal dunia BTS, J-Hope memberikan bantuan derma kepada pelajar sekolah yang kurang berkemampuan.
Menurut laporan Pejabat Pendidikan Metropolitan Gwangju, J-Hope telah memberikan sumbangan sebanyak 100 juta won (RM350,000) kepada Akademi Choontae menerusi Ibu Pejabat KoreaFund di Gwangju untuk bantuan biasiswa.
Akademi Choontae kemudiannya memutuskan untuk memberikan bantuan sebanyak 500 ribu won (RM1748) kepada Sekolah Tinggi Perempuan Jeonnam untuk dibahagikan kepada 10 orang pelajar setiap tahun.
Sekolah Tinggi Perempuan Jeonnam juga telah melakukan upacara perasmian penerimaan bantuan biasiswa yang disalurkan oleh J-Hope baru-baru ini.
Seramai 10 orang pelajar yang mempunyai keputusan cemerlang dan berasal dari keluarga berpendapatan rendah telah menerima bantuan biasiswa tersebut.
Terdahulu, J-Hope pernah menderma 150 juta won (RM525,000 ribu) kepada ChildFund Korea dan menyumbangkan 100 juta won (RM350,000) untuk menyokong pelajar berpendapatan rendah Disember tahun lalu.
Dalam perkembangan terbaru, BTS kini sibuk dengan konsert jelajah siri "Love Yourself: Speak Yourself" di seluruh dunia dan bakal beraksi di Stadium Metlife di New Jersey pada 18 dan 19 Mei ini.
Sumber: Soompi/Allkpop