BTS Jungkook Hampir Pengsan, Terpaksa Dipapah Selepas Persembahan

Mya Amri
Januari 16, 2019 08:08 MYT
Keadaan anggota kumpulan K-Pop popular BTS, Jungkook yang lemah selepas membuat persembahan di Seoul Music Award ke-28 merisaukan peminatnya.
Kejadian itu berlaku selepas BTS selesai mempersembahkan lagu popular mereka berjudul Idol.
Menerusi video pendek yang tular di media sosial sejak semalam merakamkan Jungkook berjalan dengan perlahan dan kelihatan agak lemah sebelum terbaring di bahagian tepi pentas.
Jungkook kemudiannya diberikan air oleh para petugas acara tersebut sebelum dipapah masuk oleh pengawal keselamatan ke belakang pentas.
Satu lagi kejadian berlaku selepas tamat acara berkenaan, para artis diminta untuk mengambil gambar kenangan di atas pentas beserta trofi kemenangan masing-masing.
Sebaik sahaja selesai meramkamkan gambar, Jungkook yang duduk bersila cuba berdiri sebelum jatuh kerana tidak stabil.

THIS BROKE MY HEART AFTER WATCHING THIS PLS TAKE CARE OF YOURSELF JUNGKOOK AND OTHER BOYS AS WELL PLEASE DONT OVERWORK, Your health is more important to us ?????? #GetWellSoonJungkook @BTS_twt pic.twitter.com/BXuLIJSmS7

— ????? (@mochimminee) January 15, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tanda pagar #GetWellSoonJungkook juga mula menjadi trending di Twitter semalam.
Melihat kepada kejadian itu, peminat BTS, Army (gelaran peminat) meluahkan rasa risau dan berharap idola kesayangan mereka itu dapat berehat.
Difahamkan Jungkook kurang sihat kerana tidak mendapat rehat secukupnya berikutan jadual BTS yang terlalu padat.
Terdahulu, BTS baru sahaja selesai siri jelajah dunia konsert Love Yourself di Jepun yang berlangsung pada Sabtu dan Ahad lepas.
BTS kemudian terus kembali ke Korea untuk menghadiri anugerah Seoul Music Award yang berlangsung di Gocheok Sky Dome, Seoul semalam.
BTS dijadualkan akan terbang ke Singapura untuk konsert jelajah Love Yourself di negara berkenaan yang diadakan di Stadium Nasional Singapura pada Sabtu ini (19 Januari).
Terdahulu, BTS yang dianggotai oleh tujuh anak muda berbakat iaitu RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jungkook ini telah merangkul tiga anugerah utama di Seoul Music Award yang ke- 28.
Anugerah yang dimaksudkan adalah Bonsang, Record of The Year (album) menerusi BTS LOVEYOURSELF TEAR dan Anugerah Daesang.
Foto: Twitter @ByMySide_Kookv
#BTS #Artis Korea #Jungkook