BTS Kongsi Cara Mudah Belajar Bahasa Korea
Mya Amri
01/06/2017 10:00 MYT
01/06/2017 10:00 MYT
Ketua kumpulan K-Pop terkenal BTS, Rap Monster mencadangkan peminat antarabangsa supaya menonton filem Korea sebagai salah satu cara untuk mempelajari bahasa berkenaan.
Menurut Rap Monster, itu merupakan cara mudah untuk peminat belajar memahami perkataan dan cara sebutan yang betul.
"Saya tahu ramai peminat luar negara berusaha untuk belajar bahasa Korea jadi saya kongsikan tips mudah untuk mereka.
"Saya cadangkan supaya peminat menonton filem Korea, dengan cara itu mereka akan mudah memahami perkataan dan cara sebutan dengan betul,” katanya ringkas.
Rap Monster berkata demikian dalam satu temubual bersama Clever News di Las Vegas baru-baru ini.
Selain Rap Monster, dua lagi anggota BTS iaitu J-Hope dan Jungkook juga bersetuju dengan perkara tersebut.
Terdahulu, Rap Monster terkenal sebagai artis Korea yang fasih berbahasa Inggeris kerana mempelajari bahasa tersebut dengan hanya menonton filem Hollywood.
Teks oleh: Mya Amri