Kumpulan K-Pop popular, BTS berkemungkinan akan menjalani latihan ketenteraan dalam tempoh yang sama.

Namun menurut laporan Soompi, ia bukanlah berlaku dalam masa terdekat, sebaliknya latihan itu mungkin akan dijalani pada tahun 2022.

Kumpulan kesayangan ramai itu dikhabarkan akan mendaftarkan diri sebelum pertengahan 2022 bagi menjalankan tanggungjawab mereka rakyat Korea Selatan.

Untuk makluman, setiap warganegara lelaki di negara berkenaan perlu menjalani latihan ketenteraan apabila umur mencecah 18 tahun, dan perlu dijalani sebelum usia 30 tahun.

Latihan itu adalah wajib dan akan dilaksanakan selama dua tahun.

Terdahulu, kerajaan Korea telah memberi kelonggaran kepada BTS untuk menangguh latihan tersebut kerana mereka telah mengharumkan nama negara menerusi kecemerlangan dalam bidang muzik.

BTS juga diketahui menjadi salah satu penyumbang ekonomi Korea Selatan dengan pencapaian mereka.

Kredit Foto: Cosmopolitan