Platform penstriman Disney+ Hotstar marupakan sebuah platform yang memiliki pelbagai jenis katalog kandungan. Dari filem sehingga siri dan dokumentari, platform yang dilancarkan di Malaysia pada tahun lalu itu turut menampilkan kandungan-kandungan konsert dan juga muzik.

Justeru, tidak hairan jika konsert BTS Permission To Dance On Stage - LA yang sudah boleh distrim sejak beberapa bulan lalu mendapat sambutan yang hangat, menjadi salah satu kandungan yang paling banyak distrim menerusi platform berkenaan.

Melihat pada sambutan positif dalam kalangan penonton, Disney+ Hotstar membawakan lebih banyak kandungan K-Pop daripada pelbagai kumpulan terkemuka Korea Selatan. Antaranya:

Super Junior: The Last Man Standing
Sejak debut pada 6 November 2005, nama kumpulan Super Junior mula meninggalkan jejak di seluruh pelusuk dunia. Menerusi Super Junior: The Last Man Standing, penonton bakal melihat proses di balik layar dalam eksplorasi unik bersama anggotanya, memberikan wawasan baru dalam industri K-Pop moden.

NCT 127 The Lost Boys (Judul tidak rasmi)
Mendokumentasikan boyband popular Korea ini menerusi konsert jelajah dunia 2022-2023 mereka di Amerika Utara, Korea, Jepang, dan Asia Tenggara, NCT 127 The Lost Boys bakal mempersembahkan sembilan anggotanya dalam perjalanannya yang akan menunjukkan pertumbuhan dan kesuksesan mereka selama bertahun-tahun.

J-Hope Solo Documentary (Judul tidak rasmi)
Mengikuti bintang K-pop J-Hope menjelang peluncuran album solo terbarunya, filem dokumenteri ini akan menampilkan wawancara J-Hope yang belum pernah ditayangkan di mana-mana sebelum ini. Turut ditampilkan proses belakang tabir dalam persiapan album solo, penampilan di Lollapalooza 2022, serta penampilan uniknya dalam listening party albumnya.

BTS Monuments: Beyond The Star
Kandungan Disney+ original eksklusif ini akan mempersembahkan perjalanan luar biasa ikon pop dunia, BTS. Memberikan akses terhadap koleksi muzik dan rakaman selama sembilan tahun terakhir, siri ini akan menampilkan kehidupan seharian anggota BTS selain pemikiran dan rencana setiap anggotanya saat mereka mempersiapkan babak berikutnya.

Selain itu, rancangan variety The Zone 2: Survival Mission membawakan kembali pengacara populer Yu Jaesuk, Lee Kwangsoo dan Kwon Yuri.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!