Laman Utama
BTS Trending, Menang 'Artist Of The Year' AMA 2021 - "Pertama Kali Artis Asia Menang Wei"
Kumpulan Kpop popular, BTS melakar sejarah apabila menjadi artis Asia pertama memenangi kategori Artis Sepanjang Tahun pada acara muzik American Music Awards 2021 (AMA2021) yang diumumkan pada hari ini.
BTS telah mengenepikan pencabar lain seperti Drake, Ariana Grande, Olivia Rodrigo, Taylor Swift dan The Weeknd untuk kategori sama.
Selain memenangi kategori terbabit, BTS turut membawa pulang dua trofi utama lain iaitu Duo/Berkumpulan Pop Pilihan dan Lagu Pop Pilihan menerusi lagu Butter.
Advertisement
Empat tahun lalu, BTS pernah tampil pertama kali di pentas AMA menerusi persembahan lagu DNA dan kata anggota kumpulan itu, kemenangan itu umpama mimpi.
"Kami teruja dan gementar pada masa sama. Ini satu perjalanan yang sangat luar biasa dan 'gila' sejak kami bermula sebagai artis. Tiada siapa sangka kami ada berada di sini untuk menerima trofi ini," ujar RM ketika ucapannya.
BTS turut membuat persembahan dengan lagu hit Butter dan pertama kalinya menyanyikan lagu kolaborasi dengan Coldplay, My Universe secara langsung.
AMA 2021 berlangsung di Microsoft Theatre, Los Angeles, Amerika Syarikat dan diacarakan oleh penyanyi rap wanita, Cardi B.
Berikut merupakan senarai penuh pemenang AMA 2021:
Artis Sepanjang Tahun
BTS
Artis Baharu Sepanjang Tahun
Olivia Rodrigo
Kolaborasi Sepanjang Tahun
Kiss Me More – Doja Cat ft. SZA
Muzik Video Pilihan
MONTERO (Call Me By Your Name) – Lil Nas X
Artis Pop Lelaki Pilihan
Ed Sheeran
Artis Pop Wanita Pilihan
Taylor Swift
Duo/Berkumpulan Pop Pilihan
BTS
Album Pop Pilihan
Evermore – Taylor Swift
Lagu Pop Pilihan
Butter – BTS
Artis Country Lelaki Lelaki Pilihan
Luke Bryan
Artis Country Wanita Lelaki Pilihan
Carrie Underwood
Must-Watch Video