Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

BTS Tumpaskan Adele

Asraf Aided 07/07/2020 | 10:13 MYT
Kumpulan Kpop popular, BTS berjaya menduduki tangga pertama dalam carta iTunes di 103 negara.
Kedudukan itu diperoleh menerusi lagu mereka yang berjudul Black Swan dari album Map of the Soul : 7.
Memetik laporan Allkpop, kejayaan kumpulan kegemaran ramai ini sekaligus menumpaskan Adele yang pernah memegang rekod tertinggi menerusi lagu Hello pada tahun 2015.
Difahamkan, rekod yang dipegang Adele ketika itu diperoleh daripada kedudukan di 102 negara sahaja.
Selain Black Swan, lagu Stay Gold nyanyian kumpulan ini turut menjadi kegilaan para peminat sehingga ia menduduki tempat pertama dalam carta World Digital Song Sales.
Sekadar info, kumpulan yang turut dikenali sebagai Bangtan Boys ini mulai aktif di industri hiburan Kpop pada sekitar tahun 2010.
Sehingga kini, kumpulan ini berjaya membina pengaruh dan populariti di peringkat global.
Sumber : allkpop.com
#Adele #BTS
;