Laman Utama

BTS Ungguli Tangga Pertama Dalam Carta Billboard 200 Buat Kali Kelima!

Asraf Aided
30/11/2020
12:40 MYT
Kumpulan K-Pop kegemaran ramai, BTS sekali lagi menduduki tangga pertama dalam carta Billboard 200 menerusi album terbaru mereka yang berjudul Be.
Memetik laporan Billboard, album tersebut terjual laris sebanyak 242,000 unit hanya dalam masa seminggu selepas dipasarkan.
Berdasarkan data yang didapati oleh Nielsen Music itu, penjualan unit album tersebut adalah setara dengan penjualan album di Amerika Syarikat.
Lebih menarik, kedudukan tangga pertama dalam carta tersebut diduduki BTS buat kali yang kedua dalam tahun ini selepas album Map of the Soul pada Mac lalu.
Secara keseluruhan, BTS telah menduduki carta di tangga pertama dalam Billboard 200 sebanyak lima kali.
Selain Be dan Map of the Soul, album lain yang pernah mencipta rekod sebelum ini adalah Love Yourself : Tear, Love Yourself : Answer, dan Map of the Soul : Persona.
Lebih membanggakan, kumpulan ini meraih kejayaan dalam carta tersebut hanya dalam masa dua tahun enam bulan sejak tahun 2018.
Sumber & Kredit Foto : billboard.com
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nabil Ahmad Mohon Cuti Dengan Bos ERA Guna Billboard Gergasi - "Saya Dah Lama Minta, Tapi Susah Nak Lulus"

gempak
17/07/2024
16:55 MYT
Penyampai radio ERA Nabil Ahmad tampil dengan aksi unik memohon cuti dengan majikannya, Dhen, menggunakan papan layar iklan gergasi di Bukit Bintang.
Hiburan

BTS Jin Jadi Pembawa Obor Wakili Korea Selatan Di Olimpik 2024

gempak
02/07/2024
13:23 MYT
Populariti Jin BTS bukan hanya untuk industri hiburan K Pop tetapi juga digunakan dengan baik oleh Korea Selatan apabila dilaporkan bakal menjadi pembawa obor di temasya Olimpik 2024.
Hiburan

Pameran 7 Kumpulan K-pop Singgah Di KL! Ada BTS, Enhypen, Le Sserafim & Ramai Lagi

gempak
08/06/2024
14:43 MYT
Pameran yang dinanti-nantikan peminat K-pop, The Daydream Believers yang menampilkan potret dan perjalanan seni kumpulan ternama Korea Selatan termasuk BTS, Tomorrow X Together, Enhypen, Le Sserafim, Fromis_9 dan &Team bakal berlangsung di Malaysia tidak lama lagi.
Hiburan

Comelnya! Suami Beri Kejutan Hari Jadi, Siap Tempah Papan Iklan Ada Wajah Heliza - “Sanah Helwah Zaujah Ku”

gempak
04/02/2024
04:05 MYT
Comelnya Heliza dan suami ni.
Artis Korea

BTS Jadi Kumpulan Lelaki Paling Banyak Dicari Di Google 2023

gempak
13/12/2023
14:55 MYT
Power BTS!