Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Buah Naga Rahsia Cantik Wakil Malaysia Miss International Global World 2019, Yap Jia Yan!

Amri Hassan
20/06/2019 23:09 MYT
Diam tak diam, Malaysia bakal mempersembahkan gadis kelahiran Kluang, Johor, Yap Jia Yan untuk mewakili negara dalam pertandingan ratu cantik Miss International Global World tahun ini.

Berbekalkan sarjana muda dalam bidang Perhubungan Awam dan Pengurusan Universiti Curtin Malaysia, Jia Yan, 23, akui sudah bersedia untuk berentap dengan wakil 34 negara lain tahun ini.

"Sudah semestinya saya gementar tetapi pada masa sama teruja untuk bertemu dengan wakil negara lain dalam pertandingan ini nanti," katanya kepada Gempak.

Jadi, apa kata kita kenali Jia Yan dengan lebih rapat.

1. Baru tahun lepas jadi model

Bakatnya mula diterokai oleh jurulatih kecantikan yang melihatnya punyai potensi besar untuk membawa nama Malaysia ke mata dunia.

"Saya tak pernah terfikir untuk menjadi ratu cantik pun, tetapi orang sekeliling saya terus menyokong," katanya.


Congratulations @missvirtualmalaysia on the official launch and thank you for the invitation. ✨ ?: @theofficial_mig ?: @charisching ?: @bragais_official ?: @zaloramy . . . . . . . #MMIG #missmalaysiainternationalglobal #journeytomissinternationalglobal #missinternationalglobal #MMP #Malayzing #mvm19 #beautyqueen #pageantnews #beauty #makeup

A post shared by JIA | Fashion Model | Pageant (@jiayanyap) on


2. Kedua-dua ibu bapa tak boleh membaca

"Saya bersyukur dengan apa yang saya ada sekarang, kedua-dua ibu bapa saya langsung tidak boleh membaca.

"Jadi, bidang ini sangat sukar bagi saya kerana mereka tidak memahami industri ini, namun saya melihat bidang yang saya pelajari ketika di universiti merupakan satu kelebihan untuk saya memasuki ratu cantik," tambahnya.

Untuk rekod, Jia Yan merupakan salah seorang pelajar cemerlang di universitinya dan pernah mendapat keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia.



3. Catwalk di treadmill

Memasuki pertandingan ratu cantik memerlukan Jia Yan mengasah bakat dalam pelbagai aspek termasuk cara berjalan dan 'catwalk' di pentas peragaan.

Jadi, selain mendapat khidmat jurulatih profesional, Jia Yan turut berlatih berjalan di atas treadmill ketika di gimnasium.

4. Sudah punyai teman lelaki

Lupakan hasrat untuk mendekati Jia Yan memandangkan gadis itu sudah punyai teman lelaki!

Meminati bidang kecergasan, jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu merupakan penyokong utama Jia Yan dalam pertandingan ratu cantik.

"Kami berbeza usia 10 tahun, jadi dia banyak mendorong dan memberikan nasihat serta motivasi untuk terus berjaya," ujarnya.



5. Buah naga rahsia cantik

Tidur dan meminum air yang cukup merupakan rahsia kecantikan Jia Yan!

Selain itu, Jia Yan juga sudah tidak memakan nasi sejak beberapa tahun lalu namun menggantikan khasiat nasi dengan sumber makanan lain.

"Ia sebahagian daripada diet vegetarian saya. Selain itu saya mengamalkan hidangan buah naga setiap hari untuk memastikan kandungan fiber dalam badan mencukupi," katanya yang turut berbangga dengan buah yang sangat popular di kampungnya itu.



Sementara itu, Pengarah Urusan MIG Group, Jonathan Gan yakin penganjuran sulung Malaysia dalam pertandingan ratu cantik itu akan membuka mata banyak pihak.

"Ini tahun pertama Malaysia terbabit dalam Miss International Global World dan saya yakin saingan dari negara lain juga sengit.

"Namun, saya percaya wakil Malaysia punyai keunikan dan kebolehan tersendiri untuk mengharumkan nama negara tahun ini," katanya.



Pusingan awal akan menyaksikan kesemua ratu cantik setiap negara diuji dalam cabaran keusahawanan dan citarasa fesyen yang dipantau oleh perunding kecantikan, Linda Olivia.

Pusingan akhir Miss International Global 2019 World akan berlangsung pada 24 Ogos di Sunway Pyramid Convention Centre.
#Ratu Cantik #Miss International Global World 2019 #Yap Jia Yan
;