Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

“Buah Pinggang Berada Pada Kerosakan Tahap Dua,” - Dr Say Terduduk Dapat Result Medical Check Up, Nasihat Jangan Takut Nak Cek

Mya Amri
10/01/2022 08:38 MYT
Pengacara My Doctor, Dr Say Shazril terkedu sewaktu mendapat keputusan pemeriksaan kesihatan penuh yang dilakukan pada baru-baru ini.

Menurut Dr Say, dia berasa bimbang dengan keputusan tersebut kerana ia melibatkan buah pinggang dan juga tahap kolestrol.

“Terduduk dibuatnya. Januari 2021 total kolestrol saya 8.3. Alhamdullilah tahun 2022 ni total kolestrol saya turun kepada 7.0.

“Akan tetapi bacaan ni masih tinggi sebab normal value should be lower than 5.2. Bacaan kolestrol jahat (LDL) saya pula dari 6.2 turun kepada 5.44 akan tetapi masih tinggi sebab normal value should be lower than 2.58.

“Selain itu buah pinggang saya berada pada kerosakan tahap 2 dan pada masa yang sama pada air kencing saya ada darah detected.

“Besar kemungkinan ada batu pada buah pinggang. Wallahualam tapi saya nak cek lagi later. Status hati okay, garam dalam badan okay, bacaan untuk gout okay, gula dalam badan okay.

“Adakah saya risau? Semestinya. Tang kolestrol dan tang buah pinggang tu. Walaupun kalau dibandingkan status buah pinggang saya lagi elok keadaannya tahun ni berbanding tahun lepas.

“Tapi kali ni ada darah dalam air kencing tu yang buat saya sedikit cuak sebab normalnya tak ada darah pada air kencing kecuali ada jangkitan atau ada batu pada buah pinggang.

“Mungkin nak kena buat ultrasound sebab tak naklah dari tahap dua tiba-tiba makin teruk yang sampai nanti kena cuci darah kalau buah pinggang dah rosak tahap lima.

“Kalau tanya perasaan, saya sedikit lega tapi lebih kepada cuak haha. Sedikit lega tang bacaan kolestrol makin better dan lebih cuak sebab kolestrol masih tinggi dan kisah buah pinggang tu,” jelasnya.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril)


Tambah Dr Say lagi, disebabkan perkara itu dia perlu menukar cara pemakanan dan juga senaman selama tiga bulan sebelum kembali membuat pemeriksaan sekali lagi.

“Adakah saya kena makan ubat kolestrol? Mengikut nasihat pakar perubatan saya katanya tak perlu lagi. Cuba lifestyle changes dari segi pemakanan dan senaman untuk tiga bulan ini.

“Kemudian repeat balik ujian kolestrol bulan empat nanti. Kalau korang ikut story saya memang saya mula jaga dah pemakanan dan senaman sejak 1.1.2022.

“Moga dengan keputusan pemeriksaan kesihatan ini buat saya kekal motivasi untuk teruskan healthy lifestyle saya.

“Badan nak guna lama peeps. Apa guna ada bini cantik, anak handsome, duit berkepuk kalau kesihatan tunggang langgang,” coretnya.

Menerusi hantaran yang sama, Dr Say juga turut menasihatkan orang ramai jangan gusar untuk melakukan pemeriksaan demi tubuh badan yang sihat.

“Siapa yang tak buat pemeriksaan kesihatan lagi, nasihat saya malam ni puasa pukul 12 malam, esok 8 pagi pergi klinik berdekatan untuk buat basic medical checkup. The best investment you can make is in your own health,” tulisnya.
#Buah Pinggang #Dr Say #Dr Say Shazril #Healthy Lifestyle
;