Berita

Buah Pinggang Rosak Akibat Maraton? Ini Jawapan Pakar

gempak
Syafiqah Jalal
07/04/2017
05:15 MYT
Sponsor Banner
Buah Pinggang Rosak Akibat Maraton? Ini Jawapan Pakar
Sebuah artikel tentang akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang telah menjadi tular di media sosial baru-baru ini.
Ia memetik kesimpulan dari sebuah laporan yang diterbitkan oleh American Journal of Kidney Disease di New Haven, Amerika Syarikat.
Namun, sebelum anda menggantungkan kasut lari anda, jom kita baca perkongsian dari seorang doktor pakar buah pinggang, Dr. Rafidah Abdullah yang juga seorang pelari marathon mengenai perkara ini.
"Perlu diterangkan istilah marathon adalah acara 42km, bukan 5km, 10km atau 21km.
"Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi. Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita," jelasnya.
ACUTE KIDNEY INJURY
Acute kidney injury adalah kegagalan buah pinggang akut (tiba-tiba).
Klasifikasinya mengikut AKIN ada 3 tahap: AKIN 1, 2 dan 3 (3 yang paling teruk).
AKIN tahap 1 adalah peningkatan bacaan darah creatinine 1.5 ke 2 kali ganda daripada “baseline”.
AKIN tahap 2 adalah 2 ke 3 kali ganda peningkatan. Jika gejala akut, kebiasaannya ia pulih semula jika penyebabnya dikenal pasti dan dirawati.
Mari kita lihat kajian ini secara terperinci. Sampel diambil daripada 22 orang. Sebelum, sehari selepas & dua hari selepas marathon. 82% (18 orang) menunjukkan AKIN tahap 1 & 2. Ianya tiada simptom atau gejala. Anda tidak merasa apa-apa pun.
Tidak ketahui: Sama ada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.
Memang betul dan telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah kronik dimasa akan datang.
CARA PENJAGAAN
Nasihat Rafidah, berikut antara cara-cara penjagaan buah pinggang bagi pelari maraton aktif:
1. Respect the distance
Latihan dan persiapan sangat penting. Jangan berlagak tiada latihan pun mampu habiskan maraton kerana ini membahayakan kesihatan anda.
Dengan latihan, badan dan otot akan lebih biasa dan peka dengan larian sejauh itu.
Risiko “rhabdomyolysis” kurang, salah satu penyebab kegagalan buah pinggang akut (rosak secara tiba-tiba) selepas aktiviti fizikal yang berat.
2. Kekalkan hidrasi
Minum secukupnya sebelum, semasa & selepas maraton.
3. Elakkan makan ubat tahan sakit
Elakkan penggunaan ubatan jenis Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (seperti Ponstan, Voltaren dan yang sewaktu dengannya) selepas larian tersebut.
Sumber: FB Dr Rafidah Abdullah
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live