gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
“Mana Tahu 1 Hari Aku Yang Curang” - Janna Nick Anggap Hati Boleh Berubah, Hanya Mampu Berdoa Jika Perkahwinan Diuji
RANCANGAN
Raise The Star Malaysia: Aril Eles ‘Chill’ Kena Kecam - “Selagi Tak Menyentuh Perkara…”
HIBURAN
Tak Berkecil Hati, Ajai Doakan Konsert 4U2C Berjalan Lancar - “Industri Kita Kecil Jadi…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

LAMAN UTAMA

Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!

Fiza Kamarudin
Fiza Kamarudin
06/01/2021
08:00 MYT
Sponsor Banner
Buang ‘Saka’ Dalam Sungai, JPJ Sudah Ambil Tindakan Terhadap Pemilik Kenderaan!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan sudah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pemilik kenderaan yang tular susulan membuang sampah ke dalam sungai semalam.
JPJ menerusi kenyataan media berkata, pihaknya sudah mengeluarkan notis temu siasat mengikut Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada pemilik kenderaan berkenaan.
"Membuang sampah dari kenderaan bermotor adalah satu kesalahan yang boleh didakwa di bawah Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.
"Jika disabitkan kesalahan, hukuman boleh dikenakan terhadap pelaku mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.
"Jika sabitan kesalahan kedua boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan penjara atau kedua-duanya," katanya.
Pada masa sama, JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menjadikan amalan membuang sampah dari kenderaan sebagai kebiasaan kerana ia boleh mencemarkan alam sekitar serta boleh membahayakan kepada pengguna jalan raya lain yang menggunakan jalan berkenaan.
Terdahulu, tular video sebuah kereta yang berhenti di jambatan sebelum seorang wanita membuang sampah ke dalam sungai menerusi tingkap.
Video berdurasi 20 saat itu mendapat kecaman daripada netizen yang mengatakan individu berkenaan tiada kesedaran sivik sehingga sanggup membuang sampah secara terbuka ke dalam sungai.
Namun, terdapat page Facebook yang memaklumkan wanita berkenaan memohon maaf atas tindakannya.
Wanita berkenaan menjelaskan dia baru balik berubat dari Kuala Krai dan diminta oleh perawat tradisional supaya membuang barang saka ke dalam arus sungai yang mengalir.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Viral
#JPJ
#Buang Saka
#Viral Buang Sampah Dalam Sungai
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement