Merupakan sebahagian daripada promosi koleksi Naelofar dan Naelofaraya 2020, video pendek yang dihasilkan oleh Neelofa tetap menjadi perhatian ramai.
"Buang sampah masa kini menjadi lebih menarik dengan koleksi terbaru," tulis Neelofa pada entri video di Instagram miliknya.
Video yang cukup menghiburkan tersebut mendapat lebih 770,000 tontonan dan hampir 5,000 komen.
Ramai yang memuji kejelitaan Neelofa dan tidak kurang juga yang seronok menonton video bersiap hanya untuk membuang sampah tersebut.
Sejak meninggalkan bidang pengacaraan MeleTOP, Neelofa menumpukan sepenuh perhatiannya kepada perniagaan beliau.
Lelaki Serang Kamal Adli Mengaku Bersalah, Dihukum Penjara Selama 2 Tahun
Lelaki yang menyerang pelakon, Kamal Adli menggunakan belantan di Singapore Expo pada Mac tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu oleh mahkamah Singapura pada Khamis. Tertuduh yang dikenali sebagai Muhammad Nabil Rashid, 34, yang juga warga Singapura pada 31 Januari lalu mengaku bersalah atas satu pertuduhan