Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

“Buang Segera Tujuh Aplikasi Ini Dalam Telefon Anda” - PDRM

Azwa Rahman 22/07/2019 | 06:19 MYT
Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengeluarkan satu notis peringatan yang didakwa sebagai ancaman kepada anda.
Menerusi laman rasmi Facebook mereka, pihak PDRM telah menyenaraikan tujuh aplikasi di dalam Google Play Store yang didapati melakukan intipan terhadap para pengguna melalui peranti pintar.
Berdasarkan hasil penyelidik ancaman keselamatan siber dari Syarikat Avast yang berpengkalan di Republik Czech, aplikasi-aplikasi tersebut ialah:
1. Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
2. Spy Kids Tracker
3. Phone Cell Tracker
4. Mobile Tracking
5. Spy Tracker
6. SMS Tracker
7. Employee Work Spy
Aplikasi-aplikasi berkenaan dikesan mampu menjejak dan menghantar data lokasi pengguna selain log panggilan, senarai nombor telefon, mesej teks dan sejarah panggilan yang dibuat.
Kesemua aplikasi berkenaan telah pun dibuang oleh pihak Google dari pangkalan Play Store, namun sejumlah 130,000 muat turun telah direkodkan sebelum ia dikesan mengancam keselamatan.
Para pengguna Android dinasihatkan untuk memeriksa aplikasi yang dimuat turun di peranti pintar masing-masing dan menyahpasangkan segera jika terdapat aplikasi yang disenaraikan.
Pengguna juga diminta agar tidak memuat turun sebarang aplikasi yang tidak dipastikan kegunaan dan tahap keselamatannya.
#Aplikasi #Teknologi #Gajet
;