HIBURAN

Buat 2 Jenis Pantang, Atikah Suhaime Jawab Isu Tak Ikat Rambut - “Saya Nampak Gemuk Sebab Rahim Belum Lagi Kecut”

gempak
Asyikin Mayudin
25/03/2025
03:55 MYT
Sponsor Banner
Buat 2 Jenis Pantang, Atikah Suhaime Jawab Isu Tak Ikat Rambut - “Saya Nampak Gemuk Sebab Rahim Belum Lagi Kecut”
Kerap menerima pelbagai respons daripada netizen di laman sosial, pelakon Datin Atikah Suhaime tampil menjelaskan mengenai proses berpantang yang dilakukannya.

Cara berpantang

Menerusi perkongsian video di TikTok, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime itu berkata dia mempraktikkan pantang moden selepas 28 hari berpantang secara tradisional.

“Saya berpantang ada dua cara, yang pertama saya akan berpantang secara tradisional sebab saya tidak berani nak main aktiviti lasak.

"Fasa yang kedua pula saya akan buat pantang secara moden,” katanya.

Ikat rambut

Pada perkongsian yang sama, pelakon kelahiran Singapura itu juga menjelaskan mengenai tindakan dia tidak mengikat rambut.

“Ramai tanya kenapa saya tidak ikat rambut, saya dah ikat rambut sepanjang hari, jadi pada waktu malam saya nak nampak cantik untuk suami.

“Ada orang cakap, kalau tidak ikat rambut ketat-ketat nanti muka kendur. Itu tidak betul. Kamu semua boleh tengok ibu saya, masih nampak muda dan dia juga tidak amalkan ikat rambut ketat-ketat,” ujarnya.

Ikut keselesaan

Atikah turut memberitahu cara berpantang perlu mengikut keselesaan dan penerimaan badang masing-masing.

“Saya sangat okay dengan sayur bayam. Tiada rasa angin dan ia membantu saya menghasilkan lebih banyak darah supaya lebih banyak susu badan.

“Saya nampak gemuk sebab rahim belum lagi kecut. Jadi saya sekarang bertungku dan sedang berehat dengan banyak.
“Harap semua dapat berikan sokongan dan jangan bertanyakan soalan yang macam-macam,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Atikah Suhaime Selamat Bersalin, Pilih Nama Lyla Mulan Teh - “Alhamdulillah, Anak Mami Yang Cantik”

ARTIKEL BERKAITAN: Kongsi Video Pakai Bengkung, Warganet Puji Atikah Suhaime, Masih Berpantang Ikut Tradisional - “Memang Mujarab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Baru Lahirkan Anak, Netizen Dah Komen Fizikal & Persoal Atikah Suhaime Ambil Epidural - “Saya Tak Keluar Dari Hospital Lagi…”

@atikahsuhaimeeee Mungkin cara tika berpantang sedikit berbeza dari yg lain tapi kiter raikan perbezaan. Happy2 selalu jangan stress. #fyp #firsttimemum #berpantanglepasbersalin ♬ Dreamy Girl - Headphone Chill Girl
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024